CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kompaun RM2,000 akibat pembakaran terbuka

[Copy link]
Post time 9-11-2021 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Kompaun RM2,000 akibat pembakaran terbuka[size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my


JAS Pulau Pinang mengesan aktiviti pembakaran terbuka di tapak projek pembinaan di Bukit Mertajam, semalam. FOTO ihsan JAS Pulau Pinang



Bukit Mertajam: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengesan aktiviti pembakaran terbuka di sebuah tapak projek dalam pembinaan dalam daerah Seberang Perai Tengah, di sini, semalam.

Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya mengesan perbuatan itu selepas mengadakan pemantauan rutin di sekitar kawasan berkenaan.

"Oleh itu, tindakan kompaun RM2,000 dikeluarkan kepada pihak premis terbabit kerana pembakaran terbuka adalah kesalahan mengikut Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Jika didapati bersalah, boleh dikenakan kompaun RM2,000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penduduk dinasihatkan supaya memberhentikan amalan pembakaran terbuka bagi menjaga kualiti udara persekitaran.

Menurutnya, sisa pepejal termasuk reja kayu boleh dikitar semula dan pihak berminat boleh menyertai komuniti 'Zero Waste Network'.

"Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web Penang Green Council.

"Orang ramai boleh melaporkan kes pencemaran kepada JAS melalui talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di eaduan@doe.gov.my," katanya.

Disiarkan pada: November 9, 2021 @ 12:39pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.071215 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list