CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 702|Reply: 2

[Pulau Pinang] Dua didenda RM2,000 akibat tipu syarikat insurans

[Copy link]
Post time 8-11-2021 10:33 PM | Show all posts |Read mode
Dua didenda RM2,000 akibat tipu syarikat insurans [size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my


DUA lelaki masing-masing didenda RM2,000 selepas didapati bersalah menipu syarikat insurans. FOTO NUR IZZATI MOHAMAD



Butterworth: Dua lelaki termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) masing-masing dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret (Munisipal) Seberang Perai, di sini, hari ini, selepas didapati bersalah menipu sebuah syarikat insurans dengan membuat tuntutan palsu bernilai RM500,000 pada April 2019.

Hukuman itu ditetapkan Majistret Noor Farah Hazwani Osman ketika sebutan semula kes terbabit.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh, Muhammad Akmal Aliff Omar, 29, yang kudung tangan kiri dan Muhamad Rizal Ahmad, 34, hadir sendiri ke mahkamah bagi mendengar keputusan akan dijatuhkan terhadap mereka.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama menipu syarikat The Pacific Insurance Bhd yang mendorong syarikat itu membuat bayaran tuntutan insurans RM500,000 atas tuntutan kemalangan tidak wujud.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu pada 4 April 2019 di The Pacific Insurance Bhd, 40-01, Q Sentral, 2A, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 417 atau Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 34 kanun sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin manakala Muhammad Akmal Aliff dan Muhamad Rizal diwakili Lily Syarmeela Asyiqin Hamid.

Ketika prosiding hari ini, Lily Syarmeela membuat rayuan kepada mahkamah supaya dapat meringankan hukuman kepada tertuduh dengan alasan anak guamnya belum lagi menikmati keuntungan insurans terbabit.

Selain itu, katanya, kedua-dua anak guamnya itu yang bekerja sebagai pegawai keselamatan serta kerja kampung dengan pendapatan RM1,000 sebulan perlu menyara isteri, anak serta ibu sakit.

Majistret kemudian menetapkan hukuman denda masing-masing RM2,000 dan jika tidak bayar akan dipenjara selama dua bulan.

Tertuduh kemudian membuat bayaran denda sebelum mereka dilihat meninggalkan kawasan mahkamah.

Pada Jumaat lalu, kedua-duanya mengaku bersalah di mahkamah sama atas pertuduhan berkenaan dan dibenarkan ikat jamin RM3,000 sementara menunggu keputusan kes.

Mengikut fakta kes, seorang lelaki telah membuat tuntutan insurans mengatakan seorang pemandu kereta melanggarnya di Kilometer 161.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan pada Februari 2018 sehingga menyebabkannya putus lengan kiri pada paras bahu.

Siasatan lanjut polis mendapati pemandu kereta seperti didakwa tidak memasuki dan keluar dari plaza tol berkenaan pada hari kemalangan.

Berdasarkan kenyataan saksi, lelaki itu dikatakan terbabas sendiri dan melanggar penghadang jalan sehingga tangan kirinya putus.

Disiarkan pada: November 8, 2021 @ 11:56am






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2021 10:33 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 05:26 AM | Show all posts
lenkali dtg ngan kerusi roda, balut leher skit,ade kad oku, alasan mantap skit.asyik2 guna ibu sakit itu ini...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.419776 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list