CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 666|Reply: 0

[Kedah] 530 mangsa banjir masih di PPS

[Copy link]
Post time 8-11-2021 10:25 PM | Show all posts |Read mode
530 mangsa banjir masih di PPS[size=0.8][size=0.9]Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


SEBAHAGIAN mangsa banjir dari daerah Kota Setar yang ditempatkan di PPS SMK Convent, Alor Setar. FOTO Luqman Hakim Zubir



Alor Setar: Tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif dibuka dengan hanya enam daripadanya menempatkan 530 mangsa dari 138 keluarga di dua daerah di negeri ini.

Jumlah itu menurun setakat jam 8 malam ini berbanding 616 mangsa daripada 159 keluarga yang direkodkan pada 4 petang.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, dua PPS di Pendang menurun 266 mangsa daripada 69 keluarga berbanding 281 mangsa daripada 74 keluarga jam 4 petang hari ini.

Beliau berkata, seramai 185 mangsa daripada 44 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah manakala PPS Dewan Cenderawasih pula menempatkan seramai 81 mangsa daripada 25 keluarga.

"Empat daripada lima PPS yang masih aktif di daerah Kota Setar menempatkan seramai 264 mangsa daripada 69 keluarga.

"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Darul Hikmah menempatkan 25 mangsa daripada lima keluarga, PPS SK Convent 37 mangsa daripada 10 keluarga, PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent menempatkan seramai 137 mangsa daripada 38 keluarga," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Muaz berkata, SMK Simpang Kuala pula menempatkan 65 mangsa daripada 16 keluarga setakat ini.

Beliau berkata, jumlah mangsa banjir di negeri ini dijangka terus berkurangan bergantung pada keadaan cuaca.

Disiarkan pada: November 8, 2021 @ 9:59pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.395181 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list