CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 694|Reply: 2

[Pulau Pinang] Pelamin khas rai pasangan pengantin

[Copy link]
Post time 8-11-2021 10:18 PM | Show all posts |Read mode
Pelamin khas rai pasangan pengantin[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


DEKORASI pelamin yang didirikan di Pejabat Agama Islam Daerah Barat Daya, di sini, sebagai inisiatif meraikan pasangan pengantin semasa akad nikah. FOTO ihsan FIRDAUS SHAH



Balik Pulau: "Kami sekadar mahu membantu pasangan pengantin baharu meraikan hari bahagia mereka dengan menyediakan pelamin seperti di majlis persandingan.

"Tak sangka inisiatif ini tular dan mendapat maklum balas positif dalam kalangan orang ramai termasuk keluarga pengantin."

Demikian kata Pegawai Tadbir Agama Daerah Barat Daya Jamal Abdul Halim mengenai inisiatif dan dekorasi pelamin yang didirikan di pejabat berkenaan sejak sebulan lalu.

Menurutnya, ilham bagi mendirikan pelamin itu bermula selepas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Datuk Mohd Zakuan Zakaria melakukan lawatan ke pejabat berkenaan.

"Pengarah (Mohd Zakuan) berkata bahawa lokasi bagi urusan akad nikah sedia ada kurang 'berseri' sekali gus memberi pendapat supaya mendirikan pelamin.

"Pelamin berkenaan didirikan dengan menerima peruntukan daripada JHEAIPP dan mengambil tempoh selama dua minggu untuk disiapkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jamal berkata, sejak sebulan lalu, terdapat kira-kira 300 pasangan yang berurusan akad nikah di situ.

Katanya, inisiatif itu juga diharap dapat menjimatkan kos sewaan pelamin oleh pasangan pengantin.

"Kami merancang mahu mengindahkan lanskap di pejabat agama ini pada tahun depan, supaya pasangan pengantin dapat merakamkan gambar kenangan mereka selepas akad nikah selesai.

"Tujuan kami hanya mahu membantu pasangan pengantin meraikan hari berbahagia mereka selain sebagai khidmat sosial kepada masyarakat Islam," katanya lagi.

Terdahulu, beberapa gambar pengantin menjalani akad nikah di pejabat berkenaan turut tular di media sosial dan mendapat maklum balas positif daripada warga net.

Sementara itu, pengantin, Mohd Khairol Nizam Abdul Hadi, 23, berkata dia menyangka pelamin yang disediakan di pejabat agama adalah ringkas bagi kegunaan pengantin.

"Sebaik tiba, tidak sangka pelamin yang didirikan itu seperti sebuah majlis di hotel dan tanpa mengenakan caj, ia amat membantu pasangan pengantin bagi menjimatkan kos.

"Dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, sudah tentulah kami gembira kerana dapat merakamkan gambar kenangan seolah-olah dalam sebuah majlis perkahwinan seperti pengantin lain," katanya.

Disiarkan pada: November 8, 2021 @ 1:12pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2021 05:32 AM | Show all posts
nk cuba jugaklahhh...tp x berani pulok
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 11:05 AM | Show all posts
Nampaklah seri majlis tu walau hanya di pejabat agama.  Well done.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.069289 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list