CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 776|Reply: 1

[Perlis] Pikul guni seludup daun ketum ikut Wang Kelian

[Copy link]
Post time 8-11-2021 10:11 PM | Show all posts |Read mode
Pikul guni seludup daun ketum ikut Wang Kelian[size=0.8][size=0.9]Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


AZHAR menunjukkan daun ketum yang dirampas dari sebuah kebun getah di Wang Kelian yang dipercayai cuba diseludup ke Thailand. FOTO Aizat Sharif



Padang Besar: Sindiket penyeludupan daun ketum di Perlis dilihat cuba mengubah taktik mereka daripada menggunakan laluan di pagar sempadan sekitar Padang Besar kepada laluan hutan dan berbukit di Wang Kelian, di sini untuk menyeludup bahan terlarang berkenaan ke Thailand.

Ini berdasarkan penemuan guni berisi daun ketum seberat hampir 2.5 tan bernilai RM75,000 yang disembunyikan dalam kebun getah di Wang Kelian oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara dari Batalion 3 PGA Bidor, Perak pada Jumaat lalu.

Pegawai Pemerintah Batalion 3, PGA Briged Utara, Superitendan Azhar Hashim berkata, dalam kejadian berkenaan, anggotanya yang sedang melaksanakan rondaan menerusi penugasan Op Benteng Covid-19 Kawalan Sempadan Darat Malaysia-Thailand dan Op Benteng Covid Kawalan Persisiran Pantau Barat Utara Perlis menerima maklumat berhubung daun ketum yang disembunyikan di kebun getah berhampiran Kampung Wang Kelian, di sini.

"Kita melakukan tiga rampasan dalam kebun getah yang sama di mana penemuan pertama adalah sekitar jam 6.23 petang membabitkan sebanyak 975 kilogram (kg) daun ketum disembunyikan dalam 45 guni putih dan plastik hitam di sebuah pondok kecil dalam kebun itu.

"Pada 6.31 petang pula, kita menemukan 420 kg daun ketum disembunyikan dalam 14 guni putih diletakkan di tepi pokok getah dalam kebun itu dan lokasinya hanyalah sekitar satu kilometer (km) dari penemuan pertama.

"Sekitar jam 6.39 petang pula, anggota kita menemukan pula 1,020 kg daun ketum diletakkan dalam 42 guni putih dan plastik hitam berhampiran pokok yang juga berjarak satu km daripada penemuan kedua itu.

"Kita dapati sindiket cuba menyembunyikannya dengan menutup bungkusan guni dan plastik hitam itu dengan kanvas bagi mengaburi orang ramai dan pihak berkuasa yang mungkin menyangka guni berkenaan adalah baja," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Pos BKC PGA Briged Utara, di sini, hari ini.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, pihaknya percaya sindiket penyeludupan daun ketum di kawasan itu kini cuba mengubah laluan penyeludupannya dengan menjadikan laluan hutan dan kawasan berbukit di Bukit Wang Burma, Wang Kelian sebagai laluan untuk membawa daun ketum itu ke Thailand.

"Sindiket kini tidak hanya tertumpu kepada penyeludupan di sekitar pagar sempadan Malaysia-Thailand di sekitar Padang Besar.

"Mereka sanggup upah orang untuk pikul guni berat berisi daun ketum itu melalui laluan berbukit dan hutan untuk ke kawasan Thailand," katanya.

Katanya, berdasarkan keadaan daun ketum pihaknya percaya ia baharu sehari diletakkan di kawasan kebun getah itu dan rampasan dibawa ke Pos BKC PGA Briged Utara sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk siasatan lanjut.

Disiarkan pada: November 8, 2021 @ 2:13pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2021 05:36 AM | Show all posts
aku x berapa faham lh...brg tu nk keluar...biaq p lh...
sama jugak dgn pati...yg ditahan dorang nk blk kt laut tu buatpa?? lantak p lah...

lainlh masuk sini logik skit...spjp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.107209 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list