CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 817|Reply: 2

[Kedah] Anggota polis cedera kaki digilis, tangan ditikam

[Copy link]
Post time 8-11-2021 10:04 PM | Show all posts |Read mode
Anggota polis cedera kaki digilis, tangan ditikam[size=0.8][size=0.9]Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


TANGAN kanan anggota polis yang cedera akibat ditikam lelaki dipercayai tokan dadah dalam serbuan di tepi jalan Kampung Baru, Tepi Laut Kuala Sanglang. FOTO ihsan PDRM



Kubang Pasu: Anggota polis berpangkat konstabel berusia 26 tahun cedera di kaki kiri selepas digilis kereta dinaiki tokan dadah manakala tangan kanannya luka akibat ditikam ketika bergelut dengan lelaki itu dalam kejadian di Kuala Sanglang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, insidien itu berlaku pada 6.55 petang dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kubang Pasu ketika menahan sebuah kereta jenis Proton Iswara putih di tepi jalan di Kampung Baru Tepi Laut, Kuala Sanglang.

Menurutnya, selepas memperkenalkan diri sebagai polis dan mengarahkan suspek berusia 38 tahun lelaki itu sebaliknya menghidupkan enjin kenderaan sebelum cuba melarikan diri.

"Suspek cuba melarikan diri dan melanggar dua kenderaan milik anggota polis. Malah, menggilis kaki kiri anggota polis berkenaan.

"Dalam usaha untuk mempertahankan diri, beberapa das tenbakan dilepaskan ke arah tayar kereta berkenaan sebelum kenderaan itu terbabas ke dalam sawah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rodzi berkata, selepas terbabas, suspek bergegas keluar dari kereta berkenaan sebelum berlaku pergelutan antara suspek dan anggota serbuan.

Katanya, suspek bersenjatakan pisau cuba menikam anggota polis terbabit sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian tapak tangan kanan dan belakang tapak tangan mangsa.

"Suspek berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan menemukan dadah jenis syabu.

"Hasil siasatan mendapati, suspek memiliki 10 rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Rodzi berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methampetamine.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalah dadah dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

"Anggota polis terbabit yang mengalami kecederaan itu masih dirawat selepas dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

"Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) sehingga 14 November ini bagi membantu siasatan," katanya.

Disiarkan pada: November 8, 2021 @ 2:31pm










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2021 05:41 AM | Show all posts
10 rekod ada dah...dok biaq keluaq masuk jel...tembak mati je lh...ke lepas je kt jerejak sana biaq mati kering...bukan xde kesian...tp nie lh yg kami pggl taik dadah
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 05:44 AM | Show all posts
kenal satu tokan jugak...keluaq mauk jgn ckp lh...depa tau dah ade pengalaman cemana boleh x sabit dadah...takat mn boleh bawak...boleh lepas kes wooo...ini jiran aku cite ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.243245 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list