CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 613|Reply: 0

[Sabah] Covid19 07/11/2021

[Copy link]
Post time 7-11-2021 07:18 PM | Show all posts |Read mode
*Covid Update  (07/11)*
*Sabah     405     ( 569 )*
*Malaysia  4,343  (4,701)*

Kota Kinabalu 52 (58)
Ranau 37 (53)
Tuaran 36 (42)
Penampang 34 (32)
Kota Marudu 29 (52)
Kota Belud 22 (53)
Papar 19 (10)
Keningau 19 (19)
Tenom 19 (18)
Tambunan 18 (25)
Beaufort 17 (47)
Telupid 16 (21)
Sandakan 16 (9)
Beluran 14 (3)
Lahad Datu 12 (18)
Pitas 10 (27)
Sipitang 9 (4)
Kudat 9 (30)
Tawau 5 (19)
Semporna 4 (1)
Kuala Penyu 3 (3)
Kinabatangan 2 (4)
Putatan 2 (15)
Nabawan 1 (3)
Kunak 0 (1)
Tongod 0 (2)
Kalabakan 0 ( 0)

*Angka dalam kurungan adalah jumlah  kes kelmarin*    *( 06/11/2021 )*

*Kluster Baharu*
1. Kluster Kg Karanaan,
    Ranau (komuniti)  52(+5)

*RUMUSAN HARIAN*
*(07/11/ 2021)*

*Jumlah kes di Sabah hari ini adalah antara yang terendah sejak beberapa bulan. Jumlah kes terbaru ialah 405, yakni 164 lebih rendah daripada kelmarin.*

*Kecuali daerah Kota Kinabalu yang mendaftar 52 kes baharu, jumlah kes harian disemua daerah di Sabah adalah di bawah  paras angka 50. Sebanyak 11 daerah mencatat kes baharu kurang daripada 10 kes termasuk 3 daerah (Kunak, Tongod dan Kalabakan) yg tidak ada kes jangkitan baharu.*

*Satu kluster baharu diisytiharkan di Kg Karanaan, Ranau hari ini. Kes indeks kluster komuniti Kg Karanaan ialah seorang kakitangan awam JKR Ranau. Penularan virus yang telah menjangkiti 52 orang penduduk kampung setakat ini dipercayai berpunca daripada perkumpulan orang ramai dalam upacara majlis perkahwinan dan dua upacara potong jambul yang turut dihadiri saudara mara dari luar daerah.*

*Kluster baharu di Kg Karanaan, Ranau adalah satu peringatan penting tepat pada masanya betapa perlunya semua kita mematuhi SOP sepanjang masa. Ini lebih2 lagi Sabah akan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara mulai esok (8/11/21) dan pelbagai sekatan keatas majlis2 sosial dan aktiviti2 ekonomi akan dilonggarkan. Kesannya ialah risiko jangkitan virus di tempat2 awam dan acara2 sosial akan semakin tinggi. Rakyat diseru agar tidak lalai mematuhi semua SOP yang berkuatkuasa. Kelonggaran ini meletakkan tanggungjawab “frontliners” keatas bahu rakyat sendiri untuk mengekang penulan virus Covid.*

*Kesan positif pengambilan vaksin yang lengkap dapat dilihat melalui statistik harian pesakit2 baharu yang dijangkiti virus Covid. Daripada 405 kes hari ini, 387 orang atau 96% adalah pesakit2 Kategori 1 dan 2 (tidak ada gejala atau sekadar gejala ringan), tidak ada pesakit dalam Kategori 3 dan hanya seorang pesakit dalam Kategori 4 dan begitu juga bagi Kategori 5. Sejumlah 16 kes lagi masih dalam siasatan JKNS.*

                    -*MPL-*









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.060559 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list