CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 908|Reply: 1

[Perak] Reman penganggur terbabit kes bunuh teman wanita dilanjutkan

[Copy link]
Post time 6-11-2021 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Reman penganggur terbabit kes bunuh teman wanita dilanjutkan [size=0.8][size=0.9]Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my


PENGANGGUR berusia 34 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping untuk menyambung perintah reman. FOTO MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI



Taiping: Tempoh tahanan reman terhadap penganggur yang terbabit dalam pembunuhan teman wanitanya yang mayatnya dijumpai ditanam berdekatan Sungai Jebong, di Kuala Sepetang, dilanjutkan tujuh hari lagi bermula esok.

Majistret Mahkamah Taiping, Mohd Hairul Jemain membenarkan permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyambung reman suspek berusia 34 tahun itu yang juga orang pengawasan polis (OPP) hingga 13 November ini.

Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Suspek tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9.40 pagi tadi dengan memakai baju lokap berwarna oren.

Terdahulu pada 29 Oktober lalu, suspek ditahan kerana didapati melanggar syarat pengawasan di bawah Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959, dikatakan dengan memotong gelang pengawasan.

Suspek seterusnya ditahan pada keesokannya dan direman tujuh hari bermula 31 Oktober lalu sehingga hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi disiasat mengikut Seksyen 302 KK kerana membunuh.

Perintah reman adalah bagi membolehkan siasatan berhubung kes bunuh seorang wanita yang mayatnya dijumpai tertanam dari paras kepala sehingga pinggang berhampiran kawasan Sungai Jebong, Kuala Sepetang, pada 27 Oktober lalu.

Mayat wanita berusia 31 tahun itu dibungkus dengan beberapa lembaran kain sebelum ditanam sebelum ditemukan dua minggu kemudian susulan jasad ditemukan dalam keadaan reput.

Penemuan tulang kaki manusia di tebing Sungai Jebong pada 27 Oktober lalu oleh seorang lelaki membongkarkan kejadian bunuh wanita itu.

Disiarkan pada: November 6, 2021 @ 11:34am






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2021 12:59 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.064759 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list