CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 801|Reply: 0

[Perak] 'Tak sangka rumah dinaiki air'

[Copy link]
Post time 6-11-2021 12:39 PM | Show all posts |Read mode
'Tak sangka rumah dinaiki air'November 6, 2021 @ 12:16pm



Barangan penduduk di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Panchor, Pantai Remis di Manjung rosak akibat ditenggelami air susulan air pasang besar. - Foto ihsan pembaca

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

MANJUNG: Seorang wanita warga emas tidak sempat mengemas barang dan perkakas elektrik apabila rumahnya dinaiki air susulan banjir kilat akibat fenomena air pasang besar, malam tadi.

Joriah Harun, 60, antara 70 mangsa daripada 21 keluarga di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Panchor, Pantai Remis, di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Panchor yang dibuka jam 8 malam tadi.

Kawasan rumah penduduk di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Panchor, Pantai Remis di Manjung dilanda banjir kilat susulan air pasang besar. - Foto ihsan pembaca

Difahamkan, ada beberapa penduduk yang tidak berpindah ke PPS kerana menunggu air surut dalam masa beberapa jam selepas air pasang.

Joriah berkata, fenomena air pasang besar sebelum ini hanya menyebabkan kira-kira enam rumah di kawasan paling rendah terjejas dan dinaiki air.

"Rumah saya tidak dinaiki air sebelum ini, tetapi air pasang kali ini turut menjejaskan rumah saya dan beberapa rumah lain. Air dalam rumah setinggi kira-kira 0.6 meter (m).

"Tak sangka air naik hingga dalam rumah kerana sebelum ini saya dimaklumkan ia membabitkan kawasan Bagan Datuk sahaja, jadi saya anggap macam air pasang seperti biasa.

"Itu yang saya tak buat persiapan, memang tak sempat nak letak barang di tempat lebih tinggi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Operasi dan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Manjung, Leftenan (PA) Shamsur Shahuddin, berkata setakat ini, jumlah mangsa di PPS kekal 70 orang membabitkan 21 keluarga.

"Air sudah surut, tetapi berkemungkinan akan naik semula pada jam 4 petang ini. Kita akan terus pantau keadaan dan ada penduduk balik sementara untuk membersihkan rumah mereka," katanya.















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.341163 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list