CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 614|Reply: 0

[Perlis] 'Lebih teruk berbanding 15 tahun lalu'

[Copy link]
Post time 6-11-2021 12:29 PM | Show all posts |Read mode
'Lebih teruk berbanding 15 tahun lalu'[size=0.8]Oleh Aizat Sharif - November 6, 2021 @ 12:12pmbhnews@bh.com.my


Kenderaan yang melalui laluan di pesisiran pantai Kuala Perlis terpaksa meredah limpahan air laut yang berlaku di sekitar Kuala Perlis disebabkan fenomena air pasang dalam yang melanda negeri Perlis. - Foto ihsan JPS Perlis




KANGAR: Fenomena air pasang besar melanda beberapa kawasan di Kuala Perlis dan Sanglang tengah malam tadi, dianggap besar berdasarkan paras air laut yang direkodkan.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Asnol Adzhan Abd Manap, berkata semakan JPS mendapati, paras air di perairan Kuala Perlis direkodkan setinggi 3.6 meter (m) pada jam 1.06 pagi ketika air pasang besar melanda.

Limpahan air laut dari fenomena air padang besar yang berlaku tengah malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Perlis dan Sanglang dilanda banjir kilat. - Foto ihsan JPS Perlis

"Berdasarkan jadual air pasang ini, ia dianggap agak tinggi berbanding dua hari sebelumnya iaitu sekitar 3.5m dan 3.3m antara jam 11.56 malam hingga 12.30 tengah malam.

"Tinjauan pasukan pemantau JPS Perlis mendapati dua kawasan perkampungan di Kuala Perlis iaitu di Kampung Pulau Ketam dan Padang Semarak dinaiki air antara 0.26m dan 0.43m pada jam 12.01 tengah malam hingga jam 3 pagi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kejadian itu pernah melanda kawasan berkenaan kira-kira 15 tahun lalu.

Limpahan air laut dari fenomena air padang besar yang berlaku tengah malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Perlis dan Sanglang dilanda banjir kilat. - Foto ihsan JPS Perlis

"Ia berlaku dua kali dalam setahun, malah rumah yang tidak pernah dinaiki air turut dilanda banjir.

"Bagaimanapun, parasnya sama iaitu 3.6m yang pernah direkodkan beberapa tahun lalu," katanya.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud, berkata jadual air pasang mendapati kira-kira 23 kilometer kawasan pesisir pantai di Kuala Perlis dan Sanglang diramal dilanda fenomena air pasang besar malam ini.

"Kita bersedia menghadapi keadaan sama melanda tengah malam ini hingga 1 pagi.

"Penduduk diingatkan supaya berwaspada dan tidak menghampiri laut pada waktu berkenaan.


"Mereka yang di Kuala Perlis dan Sanglang diminta berhati-hati kerana fenomena itu boleh menyebabkan banjir kilat kerana lazimnya paras normal air laut normal di Perlis ialah bawah tiga meter," katanya.

Tinjauan di sekitar pekan Kuala Perlis mendapati air laut mulai melimpahi bermula jam 12 tengah malam dan fenomena berkenaan berlaku hampir satu jam 30 minit.

Kejadian bagaimanapun tidak membawa kepada pemindahan penduduk selepas banjir surut sekitar satu hingga dua jam kemudian.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.202803 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list