CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 691|Reply: 1

[Sarawak] Covid19 05/11/2021

[Copy link]
Post time 6-11-2021 07:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 6-11-2021 07:21 AM
Kuching 156
Miri 98
Sibu 54
Bintulu 25
Betong 15
Lawas 12
Julau 11
Pusa 10
Samarahan 10
Subis 10
Simunjan 9
Bau 9
Kanowit 7
Sri Aman 6
Limbang 4

Sarikei , Saratok , Meradong , Lundu , Song , Bukit Mabong , Selangau , Beluru - 3

Kapit , Mukah , Marudi -2

Pakan dan Tebedu - 1

Lain-lain tiaada kes.

By FC



Sarawak merekodkan 496 kes baharu COVID-19 hari ini dengan 484 kes adalah kategori satu dan dua, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

JPBNS menerusi laporan berkata, sementara 12 kes adalah kategori tiga, empat dan lima.

Menurut jawatankuasa dengan kes baharu berkenaan ia menjadikan Sarawak secara keseluruhan setakat ini merekodkan 243,615 kes COVID-19.

"Daripada 496 kes baharu direkodkan hari ini, sebanyak 188 kes adalah kategori satu (tiada gejala), 296 kes merupakan kategori dua (gejala ringan), tiga kes lagi kategori tiga (jangkitan paru-paru), enam kes kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen dan tiga kes kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

"Sementara itu Kuching merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 156 kes diikuti Miri (98), Sibu (54), Serian (28), Bintulu (25), Betong (15), Lawas (12), Julau (11) manakala Pusa, Samarahan dan Subis masing-masing (10 kes)," katanya.

Sementara daerah lain merekodkan kes bawah 10 kes bagaimanapun 11 daerah iaitu Belaga, Daro, Dalat, Tatau, Kabong, Asajaya, Lubok Antu, Tanjung Manis, Matu, Sebauh dan Telang Usang tiada merekodkan kes baharu.

JPBNS turut memaklumkan 16 kematian baharu direkodkan dari 13 Oktober hingga 4 November 2021.

Daripada kematian berkenaan enam direkodkan di Miri, empat di Sibu, tiga di Betong manakala masing-masing satu direkodkan di Sri Aman, Limbang dan Sarikei.

Kes kematian melibatkan mereka berusia antara 50 hingga 93 yang mempunyai latar belakang penyakit komorbid.

JPBNS memaklumkan tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini.

Sementara tiga kluster ditamatkan iaitu Kluster Tanah Mawang, Serian; Kluster Jalan Usaha Jaya Dua, Kuching dan Kluster Sepangah, Limbang selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas melibatkan kluster ini.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2021 07:14 AM | Show all posts
16 kematian terkumpul ... termasuk satu kes BID







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.074504 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list