CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2518|Reply: 31

[Tempatan] Murid Zaman Sekarang: Pulaukan Cikgu, Cikgu Pula Kena Minta Maaf!

  [Copy link]
Post time 5-11-2021 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by xanderz at 5-11-2021 10:36 AM

Guru lega kisah dipulau pelajar cetus keinsafan



BARU-BARU ini tular seorang guru terpaksa meminta maaf kepada pelajarnya selepas ‘dipulau’ hanya kerana menegur mereka yang enggan menyertai kelas dalam taliannya.

Menerusi media sosial, guru Matematik itu berkongsi dirinya terpaksa menunggu sehingga dua jam tanpa ada seorang pun pelajar menyertai kelas. Kali terakhir sebelum tular, hanya seorang pelajarnya log masuk namun dia pun bertindak keluar dari kelas tersebut beberapa minit kemudian. Guru muda ini, dengan perasaan berbaur ketika itu, kemudian memuatnaik rakaman kelasnya yang kosong ke media sosial, dengan tulisan “cikgu minta maaf ya adik-adik” tertera padanya.

Tanpa disangka-sangka ianya tular. FMT menjejaki guru yang mengajar di Borneo itu. Katanya, yang hanya mahu dikenali sebagai “Vee”, kisahnya bermula apabila dia menegur pelajar tingkatan 3 yang enggan memasuki kelasnya. Ujar Vee, pelajarnya tiada masalah capaian internet kerana mereka tinggal di kawasan bandar dan masing-masing mempunyai telefon pintar.

“Selepas kejadian ini tular, ada pelajar saya meminta maaf. Mereka mula masuk kelas. Kalau dulu tak sampai 10 orang setiap sesi, sekarang separuh daripada pelajar masuk kelas.“Ada juga pelajar sekolah lain, bila dia lihat video yang saya muatnaik, mereka baru sedar dan menyesal kerana mereka juga sering ponteng kelas guru masing-masing. Mereka mula sertai kelas dalam talian selepas itu,” ujar Vee.

Tindakan Vee merendahkan diri dan meminta maaf menyentuh hati warganet yang rata-rata menganggap tindakan pelajar memulaunya sebagai sesuatu yang tidak patut. Ada juga yang menganggap anak-anak kini terlalu manja dan tidak seperti pelajar zaman dahulu. “Tidak semua pelajar begitu. Hanya segelintir pelajar yang sambil lewa dalam belajar,” kata Vee.

Sebagai seorang pendidik, Vee memahami kesulitan yang dihadapi para guru untuk menjayakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Seperti anak murid dan ibu bapa yang punya banyak kekangan, guru juga ada cabaran tersendiri dalam memastikan sesi yang berkesan dan boleh mendorong pelajar untuk terus belajar.

Vee tidak menolak terdapat anak murid serta ibu bapa yang konsisten memberikan kerjasama sebaik pelaksanaan PDPR diumumkan. Bagi Vee sendiri, dia menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik minat anak muridnya seperti mempelbagaikan teknik serta kaedah pembelajaran agar pelajar tidak hilang fokus.
“Guru-guru yang ada kemahiran membuat dan menyunting video, itu adalah bonus. Saya sendiri belajar buat dan sunting video sebab saya ada perniagaan dalam talian,” katanya.


sumber : fmt

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2021 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhhh hebat murid2 sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
nakkomenjugak replied at 5-11-2021 02:29 PM
Wahhhhh hebat murid2 sekarang


Cikgu burit...anak murid rintik...

Cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari....

Cikgu chzyK9 tak nak baksin, anak murid tak nak pdpr...

Natijahnya, Anak murid adalah cerminan cikgu cikgi..

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap anak2 jahat ni insaf sebelum jadi manusia tak gune
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah cikgu vee



Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca baca baca, skali part kata dia niaga tu trus iols potong stim. Tapi atleast cikgu vee ni tetap gigih host gm utk ajar bebudak.

Sebut pasal pdpr, yg cukup kemudahan tenet kat umah tu sangguplah buat cikgu camtu. Esok lusa dah besar panjang baru padan muka org buat camtu balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2021 08:06 PM | Show all posts
cabaran jd cikgu di zaman covid ngan murid2 yg pelbagai perangai ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman dulu budak2 hormat kat guru.  Zaman ni mcm guru ni owe them something.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2021 08:20 PM | Show all posts
Generasi Z

Dumb - Annoying - Soft

thats the whole reality of this shit
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko tunggu la nanti dah besar majikan pulak merajuk tak nak bayar gaji korang, adik-adik...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 sekarangggg.... Takut dengar peel diarg
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyampah aku cikgu atau pelajar yang suka merajuk ni. Teringat cikgu kelas aku perempuan suka merajuk. Asyik nak merajuk sampai silibus tak habis ajar, perangai macam celaka. Kau nak merajuk, duduk rumah je la. Tanggungjawab kau mengajar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu pun ada cikgu merajuk,sbb kawan aku tegur yang dia tak paham kaedah cikgu tu mengajar. Dia sorang je pun. Sekali tu setahun tak masuk kelas langsung. Dia tak rasa ke gaji dia tak berkat dia buat mcm tu kat anak murid die?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 5-11-2021 10:49 PM
Aku dulu pun ada cikgu merajuk,sbb kawan aku tegur yang dia tak paham kaedah cikgu tu mengajar. Dia  ...


Masa iols darjah 5 ada cikgu maths merajuk. Dia nangis terus keluar dari kelas. Puncanya sbb weols kata soalan congak yang dia beri tu pernah diberi sebelum ni. Cikgu terasa hati. Lantas ketua kelas gi cari dan pujuk cikgu.

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
syukur.....'batu belah..batu bertangkup tu...sekadar citer rakyat jer...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
belum pernah buat pdpr murid tak join...berani tak join? kahkahkah...

kena pandai tackle la budak2...medium mengajar online explore la macam2 apps...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2021 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 pendek akal...ni mesti ikot geng tak nak kena pulau abih semua macam lembu ikot tak masuk kelas. Budak tempat laen dah advance korang takuk itu jer. Nanti org laen dpt kije best ko masih mintak duit topup dgn mak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Chazey ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman haku dolu2 cikgu yang merajuk tu pon sebab ad sorg sjenis sukaa melawan.. Satu kelas pegi pujuk... Xder nya mcm budak sekaranggg. Mengadaaa nak mrajuk dengan cikgu pulakk. Dh abis sekolah nt ko kejee ko nak mrajuk dengan majikan pulak kee hadekk hadekkk
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
stingercrest replied at 5-11-2021 04:05 PM
Cikgu burit...anak murid rintik...

Cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari....

Manak the Pug pula adalah cerminan mak bunting 6 bulan lepas menikoh terus beranak, dan bapak loser pemakan hasil bini, menyebabkan sekor puggie membesar menjadi jantan penuh dendam kesumat berhari2 tak boleh move on asyik PA cikgu Chazey yang marvellous di setiap tered dek kalah dengan ayat 2 baris. What a total 1mm dickhead.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.061914 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list