CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45515|Reply: 1016

[Tempatan] Restoran terapung di Langkawi tetap dikunjungi lps tular Ikan siakap RM1,196.80

   Close [Copy link]
Post time 4-11-2021 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 8-11-2021 02:38 PM

Ikan siakap RM1,196.80
Hamzah Osman - November 4, 2021 @ 9:46pm



Resit yang dimuat naik oleh pelanggan yang mendakwa sebuah restoran terapung di Langkawi mengenakan harga terlalu mahal bagi ikan siakap. NSTP/TULAR DI MEDIA SOSIAL

LANGKAWI: Makan tengah hari bagi sekumpulan tujuh pelancong di sebuah restoran terapung di pulau ini semalam, dikejutkan dengan harga ikan siakap yang didakwa terlalu mahal.

Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial, ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesannya berjumlah RM1,196.80.

Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan terbabit termasuk hidangan makanan dan minuman lain, ialah RM1,759.50 dan kini tular di media sosial.

"Selesai pembayaran saya tegur dan nasihat, jangan meniaga macam ini. Ikan tu jangan bagi sampai tujuh kilogram sedangkan untuk tujuh orang makan dan beberapa lagi nasihat dan teguran saya sampaikan.

"Selepas itu, saya lihat pelanggan di belakang saya pun seolah-olah pasrah. Dia makan berdua dan bil yang dikenakan sebanyak RM755," katanya dalam hantaran dalam Facbeook yang kini tular.

Sementara itu, pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa, ketika dihubungi berkata, dia sendiri yang mengambil pesanan daripada pelanggan terbabit.

"Saya sudah menerangkan kepada pelanggan bahawa ikan itu biasanya tidak dijual, tetapi dipelihara sebagai sebahagian pertunjukan untuk tontonan pengunjung pengunjung restoran.

"Saya telah mencadangkan kepada pelanggan supaya untuk mengambil ikan lain seperti siakap merah dan kerapu dengan saiznya sekitar satu hingga 1.5 kilogram (kg), yang lebih sesuai untuk dijadikan hidangan," katanya

Beliau berkata, ketika kejadian, dia telah meminta pelanggan terbabit untuk melihat sendiri ikan sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.

Tambahnya, harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu, iaitu sebanyak RM16 bagi setiap 100 gram (g).

Norasyikin turut menafikan dia ada mengenakan caj tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit seperti didakwa pelanggan terbabit.

"Sebenarnya, pesanan pelanggan itu mempunyai dua helai resit masing-masing berjumlah RM1759.50 dan RM93, namun pelanggan itu hanya memuatnaik resit yang lebih tinggi nilainya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2021 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Restoran2 yg overcharged ni keuntungan 200% siakap tmpt aku tak sampai rm20 sekilo
Aku tk suka siakap tk sedap..
Suka ikan merah lgik
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by batu kikir at 4-11-2021 10:07 PM

Tutup je la kedai lepas ni.
Siakap RM16/100g...........nonsense
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
SIAKAP,senohong,gelama ikan duri...bercakap bohong akhirnya jadi pencuri.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi memang boleh tahan Tel Aviv la, udang 1kg pun 200 hengget. Sepatutnya area dekat laut, seafood lebih murah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
keciannn kalau xde duit jgn p mkn situ la ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2021 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasi putih = RM 2.50 sepinggan. Pakai beras wangi gred AAA ke kak atau takat beras Nasional?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mampuihhhh la kedai norashikin musa tu lepaih ni
Mesti kena kecam dgn org kola
Kola peghelih yg terkenal dgn ikan bakaq ponnnnn tak cas lagu tu
Hang sauk ikan siakap tu tang laut mana norashikin oiiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2021 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp restoran ni pn mmg puak langkawi dh tau
Harga tel aviv depa tk masuk  
Dan target market dia utk pelancong asing dan geng kayangan...

Sblm2 ni pn mahal
Aku baca ada cust kena bayar 3k tp rilex je sbb dh tau harga awal2..

Kawan2 aku dok komen diorg pn tau harga
Jd tak la kalut..

Aku sendiri pn tak pernah makan kedai2 viral kat tmpt sendiri dh tau harga dn rasa very out..org luar jer gigih dtg...

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 10:16 PM | Show all posts
Tak bagitau ke berapa harga siakap tu sebelum di masak.

Yang order, takkan tak tanya berapa harga, ialah bukan first time kita baca cita harga siakap harga Yahudi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Melampau sgt rege tu, cekik darah
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 4-11-2021 10:16 PM
Tak bagitau ke berapa harga siakap tu sebelum di masak.

Yang order, takkan tak tanya berapa harga,  ...

kata..ada tulis kat menu..RM16/100 gram.Mungkin berlaku 'kecuaian' jugak di pihak pelanggan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau diri tu tak kayangan, tak payah la ngada2 makan tpt kayangan. Pastu dah tercyduk nak merempan pulakk
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tgk tmpt jgk la nk terkejut pun..alahai customer pun..mengada sgt nk ikan tu..owner tu dh ckp dh awl2..tp tu la gedikk..dasar spesis tikus
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 4-11-2021 10:08 PM
Mampuihhhh la kedai norashikin musa tu lepaih ni
Mesti kena kecam dgn org kola
Kola peghelih yg ...

Tk kan tutup rest..tu cik mmg spot market dia tuk kayangan

Tp tulah... Kalau 7kgs dia charge rm200 kira boleh terima tul tak cik..
Tp aku tak suka laa siakap nk2 lagik yg bela
Ikan merah, tenggiri dn bawal je ok ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 10:28 PM | Show all posts
kes terlebih ego je ni. acah2 dialah terkaya antara semua pelancong kat langkawi, sekali dapat bil berpeluh merah muka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2021 10:30 PM | Show all posts
kata ada 2 bil .. RM1759.50 dan RM93..


harga mana yg kena bayar..? @ campur dua2 bil..?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 10:30 PM | Show all posts
Skuau replied at 4-11-2021 09:19 AM
kata..ada tulis kat menu..RM16/100 gram.Mungkin berlaku 'kecuaian' jugak di pihak pelanggan tu.

Aiyo me pun cam pelanggan kedai tu hahhah baca tak habis dan dorang tak mau tahu harga ikan tu walaupun dah diminta tengok
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 10:35 PM | Show all posts
9 pinggan nasi putih RM22.50. Means RM2.50 untuk nasi putih sahaja. Hmmmm.
And taktik nk nmpk murah tulis harga per 100grm instead of 1kg.
Sama macam Aeon.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisah la, apa, pun, alasan tp yg pasti mcm tak logik.. Harap pikir berkuasa pegi check la.. Tel aviv benor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.284772 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list