CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5111|Reply: 16

Cik Pon tumpang kereta

[Copy link]
Post time 4-11-2021 08:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Tinot7 at 4-11-2021 08:29 PM

https://fiksyenshasha.com/highway-pedas-linggi-negeri-sembilan/

iols kopipes. kalau dah ada benang, momod sila katup. tengkiu.

Tq admin FS sudi siarkan lagi kisah yang aku pernah lalui. Piza datang nak becerita lagi heheheee. Kali ni aku nak bercerita tentang kejadian di highway PEDAS LINGGI. Aku dengan seorang kawan aku Azie, kami memang selalu buat kerja outstation bersama, cuti pun bersama. Kami berdua memang ada sedikit kelebihan boleh melihat mahluk halus. Tapi aku kadang2 saja. Azie memang hijab dia terbuka dari umur 4 tahun. Dia memang selalu nampak macam2 mahluk berbanding aku.

Ada one day, kami bertolak dari Johor ke KL waktu malam. Macam biasa la aku drive malam tu. Sambil drive atas highway Pedas Linggi, Azie bercakap dengan aku. “Piza.. Kau kat area ni jangan bawa laju2 sangat, macam2 cerita kat sini aku dah dengar”. Aku pun tanya kat Azie, ” Cerita apa weiiiii” Azie jawab “Ishhhh dah malam laaa. Besok siang aku cerita laaaaa”. Aku pun angguk kepala kata, ok. Sebab aku memang faham Azie. Kalau dia cakap esok, esok jela aku tunggu ceritanya.

Setel buat kerja di Kl, kami balik ke Johor. Dalam perjalanan aku dengan Azie bercerita pasal hal semalam, kali ni Azie yang drive. Aku tanya ke Azie, “Kenapa semalam kau tak nak cerita pasal highway tu??”. Azie pun jawab ” ko tau tak, kat situ banyak eksiden. Punca eksiden sebab para pemandu selalu nampak ada lelaki tua, berbaju putih melintas atas highway. Untuk mengelak dari terlanggar orang tua tu, para pemandu pun mengelak. Time mengelak tu la sebenarnya pemandu dah terbabas eksiden ke mana2. Sebenarnya orang tua tu tak wujud, benda tu saja kacau, nak bagi kita hilang fokus time tengah drive. Tu sebab tu, aku tak bagi ko laju2 semalam. Benda tu suka muncul tiba2″.

Aku pun mengiyakan cerita Azie. Masa tu perjalanan kami dah sampai area highway Pedas Linggi. Jam pukul 12 tengahari. Cuaca di luar hujan panas. Kami tukar borak topik lain pulak. Tengah borak tu aku rasa kereta yang aku dengan Azie naik macam berat je, macam mendak. Walaupun aku tak drive tapi aku dapat rasa berat. Aku tengok meter kereta, meter gerak setakat 30KM, aku tengok kaki Azie pulak. Aku tengok kaki dia dah tekan pedal minyak sampai bawah. Bermakna dia dah tekan minyak tu sampai habis. Tapi yang aku pelik, kenapa meter baru 30KM pergerakannya?

Aku bercakap dengan Azie, ” ko ada rasa something tak? Aku rasa kereta ni macam berat, padahal kita berdua je” Then Azie pun jawab, ” Aku pun rasa berat, dah habis aku tekan minyak tapi tak laju2 jugak”.

Aku pun cakap lagi dengan Azie ” aku rasa bukan kita berdua dalam ni”. Bila aku cakap macam tu, Azie sempat toleh ke belakang. Terus Azie cakap dengan aku “Patutla berat, ‘dia’ ada kat belakang”.

Aku toleh ke belakang nampak apa korang tau?? Bagus cikpon duduk kat tengah2 mengadap depan, mata merah, rambut kusut masai. Aku dah terkejut masa tu. Azie suruh aku baca ayat kursi. Terus aku baca ayat kursi dalam hati. Azie pun baca doa dalam hati.

Kereta masih berat, benda tu tak pergi lagi. So kami pun bincang, macam mana nk halau benda ni keluar dari kereta. Kereta dah mendak sangat ni. Azie pun bagi idea, “nanti kalau kau nampak tempat rehat, bagitau aku. Kita stop situ sekejap”. Dan kami pun teruskan perjalanan. Nampak je tempat rehat yang ada tandas awam, kami masuk berhenti situ sekejap dalam 20 minit.

Sambil berhenti kereta disitu, Azie bersuara, “Jangan ganggu kita orang tau, kita orang tak ganggu kau, ko balik ye. Kita orang pun nak balik juga” dan aku pun menyampuk ” kau baliklah rumah kau, jangan kacau kita orang berdua”. Agak2 dah 20 minit berlalu, kami teruskan perjalanan semula. Barulah kereta rasa ringan dan perjalanana rasa normal semula.

Aku sendiri tak sangka time hujan panas pukul 12 tengahari benda ni boleh datang masuk dalam kereta. Nak join la tu, dengar kisah seram aku dengan Azie pasal highway pedas linggi tu. Betul2 kat pedas linggi dia dok dalam kereta kami. Padahal kat ats dashboard tempat duduk belakang ada senashkah Al-Quran kat situ.

Takdenya benda tu nak takut, kalau kita letak je Al-Quran kat situ tapi tak baca. Masuk je dia dalam kereta. Sama juga dengan yasin. Kalau kita tak baca tiada function. Benda2 ni semua tak takut pun. Oklah, thank you kepada semua sudi baca kisah seram, dari aku Piza. Nanti next tima kisah yang lain pulak ye. Wait for me.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2021 08:29 PM | Show all posts
baidewei, pukul 12 tengahari tuh la time Miss Pon jjcm yach... deme pun nak main2.. bkn mlm2 jah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 11:37 AM | Show all posts
Fuyyooo... mmg betulla org kata skrg ni antu pun dah moden.. siang pun dia boleh muncul. Tapi diorg kira berani jugakla bole rileks walaupun dh nampak ponti sesedap je dok dlm keta tu.. uiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Br je lalu highway ni td.blk dr bercuti
X tau plk ada kisah
Seb baik selamat pergi dan blk
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 09:53 AM | Show all posts
ahaahaha..

iolls ada cerita juga bab benda makhluk menumpang kenderaan ni. Tapi Alhamdulillah tak berat kereta and dia tak buat penampakakn.

kisahnya... satu hari ayah iolls mesin rumput masa tengahari rembang. Tiba-tiba ada satu batu kecil, lebih kecil dari kuku jari kelingking terpelanting kena tangan ayah iolls (read bahagian atas tapak tangan).

mula dari situ tangan ayah iolls membengkak teruk macam membelon macam auntie marjorie kakak pakcik harry potter tu.

Doktor tahan ayah kat ward. Ambil sample darah, ambil sample kulit. Siap hantar ke jabatan kimia and jabatan nukleur ke apa nak buat kajian.. semingggu juga ayah kat hosp tapi Dr tak jumpa punca.

Sampai satu hari, kawan ayah org ada ilmu juga datang melawat kat hosp. Kebetulan, iolls balik rumah masa tu sebab ambil barang2 ayah and sampai balik hospital few minutes sebelum kawan ayah sampai.

Bila kawan ayah iolls sampai, nampak muka dia lain.. dia diam.. lepas tu tanya ayah, "pak jeff, hang dok pi mesin rumput pasai pa tengahhari rembang.. putuih tangan dia dah ni.. ni anak bini dia pun baru sampai, nak pujuk dia balik"

ahahahahahahaha.. kawan ayah iolls kata anak bini dia dok susah hati laki dia tak balik seminggu. Bermaksud benda makhluk ni berdendam dgn ayah dan ikut kitorang (iolls n ibu) masa ktorang bawa ayah ke hosp. sebab jarak rumah ke hosp lebih kurang sejam, ktorang mmg tak balik rumah dah lepas tu. iolls jaga ayah bergilir dgn ibu n stay hotel bajet. So masa iolls balik je rumah ambil barang ayah, anak bini makhluk ni ambil kesempatan tumpang iolls pi sepital juga.. haha

meremang terus iollss.. nasib baik la dlm kereta diorang duk diam je tak usik2 iolss.. lepas tu kawan ayah iolls nak balik, dia tumpangkan je makhluk 3 beranak tu. baru iolls tau, makhluk ni tak semua sama. ada yg mcm ifrit, laju, sekelip mata boleh terbang. ada yg tak boleh laju. ada yg tak boleh terbang. macam kita manusia semua ada kelebihan dan kekurangan sendiri.

lepas ayah kwan iolss ubatkan dgn izin Allah jua bengkak tangan ayah makin mengecut. iolls minta kebenaran Doktor nak discharge (doktor muda) berlagak dia tak bagi. pagi esoknya doktor pakar round ward n check ayah iolls. iolls cuba minta discharge. Doktor tanya awat nak discharge, iolls kata ayah pun setuju nak cuba rawatan alternatif. terus doktor pakar tu cakap kat ayah "awat pakcik ada pi terkacau rumah depa ka?".. Ayah tersengeh.. Doktor tu pun senyum n bagi consent discharge.

Agaknya doktor tu pun faham, punca depa tak boleh detect apa jenis sakit ayah. Tapi sebab etika kedoktoran, depa tak boleh zahirkan persetujuan depa dgn realiti yg terjadi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2021 10:39 AM | Show all posts
RinIna replied at 5-11-2021 11:37 AM
Fuyyooo... mmg betulla org kata skrg ni antu pun dah moden.. siang pun dia boleh muncul. Tapi diorg  ...

tak sure la citer betui ka dakk.. atopon terpaksa pasrah sbb dah satu keta..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-11-2021 10:39 AM | Show all posts
Tokeybundle replied at 5-11-2021 06:45 PM
Br je lalu highway ni td.blk dr bercuti
X tau plk ada kisah
Seb baik selamat pergi dan blk

alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2021 10:43 AM | Show all posts
mamichik replied at 11-11-2021 09:53 AM
ahaahaha..

iolls ada cerita juga bab benda makhluk menumpang kenderaan ni. Tapi Alhamdulillah tak b ...

apa cara yg kawan ayah tuh ubatkan? iols pun nak tau

nih skeri la.. tapi kita mmg tak nampak apa2.. kira bersyukur..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2021 10:55 AM | Show all posts
mamichik replied at 11-11-2021 09:53 AM
ahaahaha..

iolls ada cerita juga bab benda makhluk menumpang kenderaan ni. Tapi Alhamdulillah tak b ...

Macam mana dia tahu anak bini makhluk tu tumpang g spital.. dia nampak ke rase2 jerk? Seram kalau menumpang2 ni.. haissh
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 11:12 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 11-11-2021 10:43 AM
apa cara yg kawan ayah tuh ubatkan? iols pun nak tau

nih skeri la.. tapi kita mmg tak nampak apa ...
iolls pun tak pasti cara dia. dia bagi air penawar saja untuk minum dan sapu tempat yang bengkak tu. method perubatan iolls taktau. tapi dari ayah iolls, iolls tau diorang amalkan zikir asma ul husna. setakat tu je iolls tau.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 11:13 AM | Show all posts
RinIna replied at 11-11-2021 10:55 AM
Macam mana dia tahu anak bini makhluk tu tumpang g spital.. dia nampak ke rase2 jerk? Seram kalau  ...
dia nampak.. pakcik ni hijab dia terbuka. kalau tengok dia tak macam ustaz2 pun. dia pun tak mengaku ustaz.. klu tengok dia mcm org biasa saja.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 12:36 PM | Show all posts
mamichik replied at 11-11-2021 11:13 AM
dia nampak.. pakcik ni hijab dia terbuka. kalau tengok dia tak macam ustaz2 pun. dia pun tak mengak ...

Ehh.. aku silap.. uols la yg bawk kete nak g spital makhluk2 tu follow kan? Uols nmpk?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 02:02 PM | Show all posts
RinIna replied at 11-11-2021 12:36 PM
Ehh.. aku silap.. uols la yg bawk kete nak g spital makhluk2 tu follow kan? Uols nmpk?
a ah.. iolls la si pembawak kereta makhluk berdua tu tumpang.. iolls tak nampak.. pakcik kawan ayah iolls je yg nampak. huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2021 05:02 PM | Show all posts
RinIna replied at 11-11-2021 10:55 AM
Macam mana dia tahu anak bini makhluk tu tumpang g spital.. dia nampak ke rase2 jerk? Seram kalau  ...

dia tak nampak isteri anak tuh numpang keta. dia nampak isteri anak ada kat spital sama dgn si suami, pujuk suami balik. nih yg iols paham drp citer poremer tuh la.. so pakcik tuh membuat kesimpulan, ayah poremer nih buat something, pastu anak bini dia mai dtg pujuk dia balik. tak tau la kalau pakcik tuh voley nampak dan dengar deme bercakap.. iols slalu dgr, org biasa tak dengar satu per satu perkataan deme, dengar deme mcm bisik2 jahh..
org yg nampak nih ada byk jenis. ada yg nampak semua, ada yg nampak samar2, ada yg nampak sikit jahh... slalunya menda tuh tak menjelma, tapi pakcik nih voley nampak deme.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2021 05:04 PM | Show all posts
mamichik replied at 11-11-2021 11:13 AM
dia nampak.. pakcik ni hijab dia terbuka. kalau tengok dia tak macam ustaz2 pun. dia pun tak mengak ...

org yg hijabnya terbuka slalunya tanak ngaku sbb nampak cam onggiler je ngaku..
org kata, kalau lahir dgn selaput amniotik masih ada kat mata, bila bukak selaput tuh, org tuh bakalan terbuka hijabnya.. iols tak tau la betui ke dakk sbb tak pernah follow up bebudak yg lahir mcm nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2021 11:53 PM | Show all posts
trunks replied at 11-11-2021 06:49 PM
seram juga nak bayangkan tumpang di belakang tu
Cerita dalam Kereta S2 Ep04 (Jogging di Malam Hari N ...

eh seramnya... iols dah le tak suke tgk menda2 mcm nih..
kalau yg klakar2 ok la jugakk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2021 12:09 AM | Show all posts
trunks replied at 11-11-2021 11:58 PM
hehe kalau movie seram2 ni,saya masih boleh tengok lagi,ada tips sikit

dalam movie kan ada juruga ...

kalau muvi, iols tgk sambil tutup mata. so mmg takde la seram sgt.. kat mesia, iols tak verani sgt tgk citer seram2 nih sbb iols dok sorang2. kalau iols dok kat luar negara mmg no hal la sbb takde rasa tatut.. tapi jaman now mmg iols tak tgk citer seram. tak minat satu hal, tatut satu hal, byk keje dan takde masa nak layan pun satu hal.

kalau citer seram yg klakar2 iols suka geller laa.. tuh yg miss sumer citer vampire ... kan best kalau mesia buat citer mcm nih.. sama level dgn citer hantu mak limah.. haha...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.077571 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list