CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2220|Reply: 7

[SEJARAH] 5 Seni Bina Unik di Malaysia

[Copy link]
Post time 4-11-2021 06:34 PM | Show all posts |Read mode

5 Seni Bina Unik di Malaysia
Dari surau ke istana. Cantiknya nombor 1!
Published on 16 December 2020

https://jiran.com.my/5-seni-bina-unik-di-malaysia/

[size=1.25em]Jika Turki terkenal dengan keindahan Hagia Sophia, Malaysia juga ada karya seni bina yang boleh kita banggakan. Seni bina bukanlah merangkumi struktur binaan batu dan kayu semata-mata tetapi ia turut melambangkan budaya dan tradisi masyarakat setempat. Bangunan yang mempunyai seni bina dan reka bentuk yang unik mampu diiktiraf sebagai simbol sesebuah negara ataupun warisan yang menjadi tumpuan pelancong.
[size=1.25em]Baru-baru ini netizen Ateh Sembang ada memuat naik beberapa gambar sebuah surau yang diperbuat daripada kayu:
[size=1.25em]

[size=1.25em]
[size=1.25em]
[size=1.25em]
[size=1.25em]
[size=1.25em]
[size=1.25em]Cantik, kan? Apakah kisah yang tersimpan di sebalik seni bina menarik seperti ini? Jom baca di bawah:



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2021 06:35 PM | Show all posts
Surau Langgar Rindu (Terengganu)


Surau Langgar Rindu terletak di Kampung Rhu Tapai, Merang, Terengganu, berhampiran dengan Kem PLKN Merang Suria dan Sutra Beach Resort. Surau ini menjadi tempat persinggahan ramai musafir yang ingin menunaikan ibadah atau beristirahat. Ada juga pengunjung yang singgah hanya untuk melihat sendiri dan mengagumi keunikan struktur binaannya.


Seni bina Surau Langgar Rindu dihasilkan oleh seorang penggiat seni tempatan iaitu Abdul Karim Embong yang membina surau tersebut menggunakan kayu tembesu dan kayu cengal asli. Yang menjadikannya lebih menarik, nama surau tersebut menggambarkan perasaan rindu dan cinta Abdul Karim kepada Allah SWT.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2021 06:36 PM | Show all posts
[size=1.25em]Masjid Cina Al-Muttaqin (Melaka)
[size=1.25em]
Meskipun ia bukanlah masjid Cina pertama di Malaysia, Masjid Cina Al-Muttaqin yang terletak tidak jauh dari Stadium Hang Jebat, Krubong/Paya Rumput ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Siap dibina pada tahun 2014, reka bentuknya diilhamkan daripada gabungan beberapa buah masjid di China termasuk di Beijing, Shanghai dan Xian. Ia dilengkapi dengan dewan solat, bilik tetamu dan pelbagai jenis kemudahan termasuk laman parkir yang luas dan dua menara yang menjadi mercu tanda masjid ini.
Selain berperanan sebagai rumah ibadat, Masjid Cina Al-Muttaqin juga menampilkan keunikan negeri Melaka yang sememangnya terkenal dengan seni bina Cina dan Baba Nyonya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2021 06:37 PM | Show all posts
[size=1.25em]Menara Condong Teluk Intan (Perak)
[size=1.25em]Ingat Itali je ada menara condong? Oghang Peghok pun ade! Kelihatan seperti hampir tumbang, Menara Condong Teluk Intan pada asalnya dibina sebagai takungan air dan menara jam untuk kegunaan masyarakat setempat.
[size=1.25em]
[size=1.25em]Sebenarnya, bangunan ini tidaklah direka condong. Terdapat banyak teori mengenai asal usul kecondongan strukturnya. Menurut telukintanheritage.com, teori yang paling popular adalah banjir besar yang pernah melanda kawasan tersebut pada lewat tahun 1800-an. Banjir itu hanya surut selepas beberapa hari sehingga mengakibatkan menara tersebut menjadi sedikit condong. Yang pasti, menara ini pernah digunakan oleh penjajah: tentera Jepun sebagai menara pengawal dan pihak British sebagai taman permainan kanak-kanak.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2021 06:38 PM | Show all posts
[size=1.25em]Kellie’s Castle (Perak)
[size=1.25em]Jika anda pernah melakukan perjalanan dari Simpang Pulai ke Batu Gajah atau Seri Iskandar, anda pasti pernah melihat Kellie’s Castle, sebuah kediaman persendirian yang seakan-akan sebuah istana.
[size=1.25em]
[size=1.25em]Kellie’s Castle dibina oleh William Kellie Smith, seorang warga Scotland yang pernah menetap di kawasan ini suatu masa dahulu. Kellie’s Castle dikatakan dibina sebagai simbol cinta terhadap isterinya, seperti cerita Shah Jahan dan Taj Mahal. Reka bentuknya mengambil inspirasi daripada ciri-ciri seni bina di India dan agama Hindu yang amat diminati oleh William Kellie ketika itu. Malah ada yang mengatakan bahawa beliau jugalah yang membina kuil Mariamman yang terletak 1.5 kilometer dari istana tersebut.
[size=1.25em]Kellie’s Castle dan kawasan persekitarannya kini menjadi tarikan pelancong. Ada yang mengatakan bahawa roh keluarga Kellie masih menghantui bilik-bilik di situ.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2021 06:39 PM | Show all posts
Bangunan Sultan Abdul Samad (Kuala Lumpur)


Mungkin kita sudah biasa melihat gambar bangunan ini di buku-buku teks. Bagi warga Kuala Lumpur pula, seni bina bangunan yang tersergam indah ini telah menjadi sebahagian daripada pemandangan ibu kota. Tetapi ada sebabnya mengapa struktur ini sangat unik dan patut dihargai oleh generasi akan datang. Dinamakan sempena Sultan Abdul Samad ibni Raja Abdullah iaitu Sultan Selangor yang ke-4, bangunan ini terletak berhadapan dengan Dataran Merdeka, lokasi perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.





Sememangnya Bangunan Sultan Abdul Samad telah menyaksikan pelbagai peristiwa bersejarah tanah air. Ia juga pernah popular di mata dunia selepas filem Police Story 3 yang dibintangi Jackie Chan dan Tan Sri Michelle Yeoh memaparkan beberapa adegan di sini.
Nak tau lebih banyak lagi tentang seni bina yang unik di Malaysia? Jomlah ikuti kami di Instagram @kitajiran!


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2021 07:40 PM | Show all posts
whoaaaa tantikkknyeeee gambooor....masheh dik tinot sudi buka benangggg

@cmf_premierleague meh masuk meh..cuci mata...kita kan buta bab senireka hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2021 03:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik2 tempat2 ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.147447 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list