CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 909|Reply: 0

Sentuhan Benzema tetap berbisa

[Copy link]
Post time 4-11-2021 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Sentuhan Benzema tetap berbisa


BENZEMA ledak dua gol buat Real Madrid. -FOTO EPA

Madrid: Karim Benzema meledakkan dua gol ketika Real Madrid beraksi di bawah kemampuan sebenar untuk menewaskan Shakhtar Donetsk dan menghampiri pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.

Gol pembukaan Benzema menjadikan Mdarid kelab pertama yang menjaringkan 1,000 gol dalam aksi Piala Eropah tetapi persembahan mereka jauh daripada kemampuan sebenar skuad bimbingan Carlo Ancelotti yang dikritik penyokong sendiri di Santiago Bernabeu.

Shakhtar menyamakan kedudukan pada penghujung separuh masa pertama Benzema menemui gol kedua seterusnya menang 2-1 dengan kedua-dua gol itu dibantu oleh Vinicius Junior.

kemenangan kedua ke atas Shakhtar dalam tempoh beberapa minggu itu membolehkan Madrid kini mengetuai Kumpulan D selepas kekalahan mengejut kepada Sheriff, September lalu.

Bagaimanapun persembahan yang ditunjukkan oleh mereka itu tidak digemari oleh penyokong Real Madrid.

"Saya memahaminya, saya sangat mengenali penyokong, permintaan mereka amat tinggi," kata Ancelotti.

"Kami bermula baik, kemudian kami sedikit menurun tetapi ia boleh berlaku dan adalah bagus penyokong mengejutkan kami dengan bunyi wisel. Ia membantu kami."

Benzema kini sudah menjaringkan 13 gol dari 14 penampilannya untuk kelab musim ini dan sumbangan terbarunya itu datang selepas rehat hujung minggu lalu apabila dia diturunkan buat kali pertama selepas lapan bulan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nzema-tetap-berbisa

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.053060 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list