CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 682|Reply: 2

[Sarawak] Covid19 03/11/2021

[Copy link]
Post time 4-11-2021 05:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 4-11-2021 06:04 AM
Kuching 174
Miri 126
Sibu 54
Bintulu 32
Limbang 23
Serian 18
Samarahan 12
Kanowit 9
Daro 8
Kapit 7
Bau 7
Tanjung Manis 6
Pusa 6

Sri Aman , Betong , Belaga  , Saratok dan Lundu  - 5

Sarikei , Dalat , Mukah , Kabong , Simunjan , Subis , Tebedu - 3

Selangau , Marudi , Matu - 2

Song , Asajaya , Julau , Beluru , Bukit Mabong dan Sebauh - 1

Lawas , Meradong , Lubok Antu , Telang Usan , Pakan dan Tatau - tiada kes

By FC




Sarawak hari ini merekodkan 540 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 242,592 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan, berkata daripada 540 kes baharu dilaporkan hari ini, 534 kes adalah kategori satu dan dua manakala enam kes kategori tiga, empat dan lima.

Memperincikan kategori kes, JPBNS berkata 185 kes adalah kategori satu (tidak bergejala), 349 kes kategori dua (gejala ringan), empat kes merupakan kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan dua kes kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

“Dalam pada itu, Kuching melaporkan 174 kes diikuti Miri (126), Sibu (54), Bintulu (32), Limbang (23), Serian (18), Samarahan (12), Kanowit (9), Daro (8), Kapit (7), Bau (7), Tanjung Manis (6), Pusa (6), Pusa (6), Sri Aman (5), Betong (5), Belaga (5), Saratok (5), Lundu (5), Sarikei (3) dan Dalat (3),” ujarnya hari ini.

Mengulas lanjut kenyataan itu berkata, kes baharu hari ini turut dilaporkan di Mukah (3), Kabong (3), Simunjan (3), Subis (3), Tebedu (3), Selangau (2), Marudi (2), Matu (2) dan masing-masing satu kes di Song, Asajaya, Julau, Beluru, Bukit Mabong dan Sebauh.

JPBNS juga melaporkan sembilan kematian akibat COVID-19 di Sarawak antara 29 Oktober sehingga 1 November 2021, melibatkan mangsa berumur 37 hingga 82 tahun dengan kesemuanya mempunyai pelbagai komorbid.

Jelasnya, pada 29 Oktober 2021, satu kematian direkodkan di Sri Aman membabitkan lelaki berusia 63 tahun manakala pada 30 Oktober 2021, satu kematian di Betong melibatkan wanita berusia 82 tahun.

“Pada 1 November 2021, tujuh kematian direkodkan dengan dua daripadanya direkodkan di Samarahan iaitu wanita masing-masing berusia 37 dan 63 tahun.

“Pada hari sama juga, dua lagi kematian direkodkan (seorang lelaki, 81 dan seorang wanita, 57),”ujarnya.

JPBNS menambah, masing-masing satu kematian turut direkodkan di Sibu (lelaki, 65), Mukah (wanita, 70) dan Bintulu (wanita, 59).

Sementara itu, tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini dan terdapat dua kluster merekodkan penambahan kes iaitu Kluster Ensurai dengan 8 kes baharu manakala Kluster Putai, dua kes, katanya.

“Dalam perkembangan sama, JPBNS memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Rh Andy, Bayong dan Rh. Empin, Sg. Bayong di Sarikei diisytiharkan tamat pada hari ini (3 November 2021),

“Manakala PKPD di Rh. Soon Ugap, Sg. Sibau, Bayong di Sarikei diisytiharkan tamat pada 4 November 2021,” katanya.

Mengenai laporan notis kompaun, polis Sarawak telah mengeluarkan 17 notis kompaun dengan masing-masing sembilan di Miri dan lapan di Kuching kerana gagal mematuhi SOP, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan polis Sarawak sehingga kini sebanyak 11,962.

Tambahnya, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pula telah mengeluarkan sepuluh notis kompaun dengan sembilan daripadanya dikeluarkan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Sibu dan satu di bawah Majlis Daerah Lundu atas kesalahan melanggar SOP.

Dengan itu, sebanyak 1,561 notis kompaun dikeluarkan di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan setakat ini.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2021 06:11 AM | Show all posts



9 kematian terkumpul ...termasuk satu kes BID




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2021 06:34 AM | Show all posts
alhamdulillah ...
ada penurunan ...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.077727 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list