CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 947|Reply: 0

Gopi tetap sambut Deepavali

[Copy link]
Post time 3-11-2021 08:33 PM | Show all posts |Read mode
Gopi tetap sambut Deepavali

GOPI (kiri) memaklumkan bahawa sambutan Deepavali pada tahun ini diraikan secara ala kadar memandang dia perlu berada dalam gelembung sukan. FOTO AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN

Kuala Lumpur: Menyambut dua perayaan dalam satu tahun antara pengalaman baharu yang dilalui pemain Sarawak United, R Gopinathan atau nama Islamnya Gopi Rizqi sejak bergelar seorang muslim tiga tahun lalu.

Walaupun sudah memeluk Islam dan meraikan Aidilfitri namun bagi pemain berusia 32 tahun itu tidak pernah melupakan asal usulnya dengan tetap menyambut Deepavali bersama ahli keluarganya.

Gopi ketika dihubungi Arena Metro memaklumkan bahawa sambutan Deepavali pada tahun ini diraikan secara ala kadar memandang dia perlu berada dalam gelembung sukan berikutan mengharungi saingan Piala Malaysia.

Katanya, sambutan Deepavali pada tahun ini hanya 'bertemankan' panggilan video saja kerana perlu mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak dijangkiti pandemik Covid-19.

"Sejak memeluk Islam, saya tidak pernah melupakan ahli keluarga sendiri malah sentiasa melawat dan menyambut Deepavali bersama mereka.

"Cuma dua tahun kebelakangan ini, sambutan tidaklah meriah kerana perlu mematuhi SOP dan tidak boleh melawat atau berjumpa ahli keluarga.

"Situasi berkenaan sebenarnya pengalaman baharu buat saya yang menyambut dua perayaan dalam setahun iaitu Aidilfitri dan Deepavali," katanya.

Bekas pemain Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berkata, jika situasi seperti biasa dan tiada kekangan, dia bersama isteri serta anak akan berkumpul bersama ahli keluarga lain untuk meraikan Deepavali.

"Saya meraikannya seperti biasa dengan melawat ahli keluarga dan berjumpa ibubapa. Itu pengalaman cukup menyeronokkan bagi saya," katanya.

Mengikut rekod, Gopi memeluk Islam pada 2019 selepas melafazkan dua kalimah syahadah di Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ap-sambut-deepavali

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.099508 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list