CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1764|Reply: 0

[Lain-Lain] Filem kenegaraan bakal ke pentas global

[Copy link]
Post time 2-11-2021 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Filem kenegaraan bakal ke pentas global


Filem patriotik, Bukit Kepong antara naskhah yang dipilih untuk tayangan ke luar negara.

KUALA LUMPUR: Hasrat menayangkan filem berunsurkan kenegaraan dan kemasyarakatan di peringkat global seperti dicetuskan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah bakal menjadi kenyataan.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Zakaria Abdul Hamid berkata, usaha itu akan dilaksanakan menerusi jalinan kerjasama dengan Wisma Putra, bermula tahun depan.

"Perancangan menayangkan filem berunsur kenegaraan dan kemasyarakatan sudah lama disuarakan Saifuddin ketika masih bersama KKMM.

"Secara kebetulan, beliau kembali ke Wisma Putra untuk menjalankan tugas sebagai Menteri Luar Negeri, jadi tugasan untuk mempromosikan filem bergenre sedemikian akan menjadi lebih mudah dengan bantuannya.

"Usaha ini akan dibuat dengan menggunakan bantuan Kedutaan Malaysia menerusi Unit Budaya untuk ditayangkan di negara yang dikenal pasti," katanya kepada BH Online.


Zakaria memaklumkan, FINAS terlebih dahulu menghantar filem kenegaraan yang sudah ditayangkan, disusuli filem sedang dalam pembikinan.

Sebagai permulaan, Zakaria memaklumkan, FINAS terlebih dahulu menghantar filem kenegaraan yang sudah ditayangkan, disusuli filem yang sedang dalam pembikinan.

"Saban tahun, FINAS menyediakan dana untuk pembikinan filem kenegaraan. Sementara menantikan filem siap, FINAS akan menayangkan terlebih dahulu filem kenegaraan yang sedia ada seperti Bukit Kepong, Embun dan Paloh.

"Tujuan penayangan filem kenegaraan di peringkat global bagi memperkenalkan Malaysia dari aspek budaya dan sejarah kepada bangsa asing. Kaedah sama turut dipraktikkan Kedutaan Russia di Malaysia.

"Mereka menayangkan filem terpilih di Pawagam Mini P Ramlee, FINAS dan mengajak orang ramai menontonnya. Selain berhibur, kaedah ini menjadi medium untuk penonton mengenali negara dan budaya luar dengan lebih dekat," jelas Zakaria.

Tambahnya, bukan setakat menayangkan filem, malah FINAS juga bercadang membawa pembikin filem ke luar negara untuk membincangkan karya mereka.

"FINAS memang mempunyai perancangan membawa pembikin filem ke negara yang karya mereka akan ditayangkan. Mungkin selepas tayangan, kita adakan satu majlis apresiasi untuk membincangkan naskhah yang dipertontonkan kepada khalayak.

"Sekurang-kurangnya, penonton boleh mengetahui mengenai karya dan inti pati filem dengan lebih terperinci, selain dapat bertukar pandangan.

"Bagaimanapun, ia bergantung kepada persediaan sesebuah kedutaan sama ada mereka mampu atau tidak untuk mengendalikan acara itu," ujarnya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... al-ke-pentas-global

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.046938 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list