CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 954|Reply: 0

[Perlis] Waspada fenomena air pasang besar di Perlis

[Copy link]
Post time 1-11-2021 10:38 PM | Show all posts |Read mode
Waspada fenomena air pasang besar di Perlis[size=0.8][size=0.9]Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


AIR pasang besar di Perlis. FOTO NSTP



Kangar: Walaupun fenomena air pasang besar dijangka berlaku pada Khamis ini hanya membabitkan kawasan pesisir pantai di Johor, Perak, Selangor dan Kedah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis giat menjalankan pemantauan dan persediaan sekiranya fenomena berkenaan berlaku di negeri ini.

Pengarah APM Perlis, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata, pihaknya mempunyai jadual berhubung pasang dan surut air laut terutama di pesisir pantai Kuala Perlis.

"Lazimnya kita tidak menunggu hanya apabila berlaku fenomena air pasang besar ini baru bertindak kerana melakukan pemantauan secara berterusan terutama di kawasan 'hotspot' berlakunya banjir atau banjir kilat apabila hujan melanda.

"Jika berlakunya taburan hujan tinggi dan air pasang, kita akan meninjau di sekitar kawasan sungai, pesisir pantai di seluruh negeri ini terutama di kawasan Kuala Perlis seandainya berlaku banjir," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kejadian banjir di Perlis tidaklah begitu serius seperti di negeri lain dan disebabkan itu, pihaknya akan meletakkan pasukan untuk berjaga-jaga sekiranya tempias fenomena air pasang besar itu turut berlaku di negeri ini.

Sementara itu, Pengarah JBPM Perlis, Penguasa Kanan Bomba 1, Ruhisha Haris berkata, pihaknya sedang berada dalam keadaan siap siaga sekiranya fenomena berkenaan melanda negeri ini.

"Malah setiap balai bomba di negeri ini mempunyai kelengkapan antara dua hingga tiga bot penyelamat sekiranya terdapat insiden memerlukan perhatian kita.

"Walaupun ancaman berlakunya banjir di Perlis agak kecil, kita tetap akan meneruskan pemantauan di sekitar kawasan pesisir pantai Kuala Perlis pada tarikh berkenaan," katanya.

Fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari mulai Khamis ini.

Disiarkan pada: November 1, 2021 @ 6:04pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.082091 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list