CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1278|Reply: 0

[Borneo] [ Kenali BORNEO ] Kuih Cincin

[Copy link]
Post time 1-11-2021 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Thread berkaitan :
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5002809

Sesiapa pandai buat / masak kuih cincin ni d alu2 kan berkongsi resepi



Kuih cincin Sabah adalah antara makanan ringan tradisional yang paling popular dan sentiasa menjadi pilihan masyarakat negeri ini sebagai hidangan wajib setiap kali majlis perkahwinan serta perayaan, khususnya Aidilfitri.

Setiap kali Ramadan, kuih berbentuk seakan cincin itu mendapat permintaan begitu tinggi bukan sahaja dari pembeli di Sabah, malah sehingga ke Sarawak, Semenanjung serta Brunei sehingga pengusahanya tidak menang tangan memastikan bekalan mencukupi.

Pengusaha kuih cincin, Noreen Anne, 55, berkata jualan makanan ringan tradisional itu yang dihasilkan di kilang miliknya di Lok Kawi, Jalan Papar Lama, dekat sini, meningkat setiap kali Ramadan berbanding pada hari biasa kerana menerima banyak tempahan.

"ermintaan dan jualan kuih cincin meningkat mendadak menjelang bulan puasa pada setiap tahun. Pada hari biasa, kebiasaannya kilang milik saya menghasilkan 800 bungkus sehari, namun pada Ramadan pengeluaran meningkat kepada 1,100 sehingga 1,200 bungkus sehari.

"Malah pada minggu ketiga dan minggu keempat Ramadan, jualan akan terus bertambah sehingga pekerja kilang terdiri daripada 15 orang akan bekerja lebih masa sehingga malam pada setiap hari semata-mata bagi memastikan kami tidak terputus bekalan," katanya.

Kuih cincin adalah makanan ringan tradisi popular di daerah Papar dengan kebanyakan pengusaha adalah golongan wanita.

Noreen yang memulakan perniagaan makanan ringan tradisional sejak tahun 2002 berkata, kebiasaannya setiap bulan kilangnya menggunakan satu tan minyak masak, dua tan tepung dan satu tan setengah gula untuk menghasilkan kuih cincin.

"Bagaimanapun, untuk memenuhi permintaan pasaran menjelang Syawal, setiap bahan kami gunakan meningkat dua kali ganda iaitu dua tan minyak masak, empat tan tepung dan tiga tan gula," katanya.

Menjual kuih cincin di bawah jenama Heera Food Industries, Noreen berkata, beliau memasarkan makanan ringan berkenaan melalui tiga jenis pembungkusan iaitu plastik biasa, zipper bag dan plastik paket biskut yang dijual antara RM5 hingga RM15 mengikut saiz dan jenis.

"Biasanya kami mengedarkan kuih cincin yang dibungkus dengan plastik biasa ke tamu, kedai runcit dan pasar raya. Kuih cincin dibungkus dengan zipper bag manakala plastik paket biskut pula adalah edisi terhad dan ia dibuat berdasarkan permintaan pemborong, biasanya diedarkan ke hotel.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.328273 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list