CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1524|Reply: 1

MPM mahu RM5 juta

[Copy link]
Post time 31-10-2021 06:52 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengharapkan separuh daripada dana yang diperuntukkan kerajaan menerusi pembentangan bajet 2022 semalam dapat diberikan kepada mereka bagi memperkasakan program akar umbi sukan para.

Hal ini kerana, ketika ini program pembangunan membabitkan peringkat akar umbi cukup penting dan suntikan dana memudahkan MPM merencanakan program dalam usaha melahirkan atlet para pelapis pada masa akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin MPM berterima kasih dan menyambut baik Bajet 2022 yang dibentangkan kerajaan apabila turut 'selitkan' peruntukan kepada atlet Orang Kelainan Upaya (OKU) atau para yang dilihat berjaya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Katanya, badan induk sukan para negara itu wajar diberikan peruntukan diumumkan itu memandangkan beliau sendiri bekerja keras sebelum ini bagi meyakinkan pihak kerajaan berhubung program pembangunan sukan para.

"RM10 juta diberikan kepada atlet para menerusi MSN. Saya harap RM5 juta diberikan kepada MPM memandangkan kami sudah memohon sendiri untuk memperkasakan program akar umbi melalui pencarian bakat serta latihan.

"Saya gembira dan sedih kerana sebelum ini saya sendiri bekerja keras mohon kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dana RM5 juta ini spesifik untuk pembangunan akar umbi," katanya.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 mengumumkan peruntukan RM10 juta kepada MSN untuk meningkatkan program latihan atlet para dan melaksanakan Liga Sukan OKU bagi memperkasakan lagi sukan untuk golongan itu.

Turut diumumkan peruntukan RM159 juta bagi membina, menaiktaraf dan menyelenggara kemudahan sukan di seluruh negara dengan antaranya memulakan pembinaan sebuah stadium dengan pelbagai fasiliti di Bukit Merbau, Pasir Putih, Kelantan.

Selain itu, kerajaan juga menyediakan peruntukan RM20 juta bagi merancakkan pertumbuhan e-Sukan yang dilihat mempunyai prospek terbaik bagi pembangunan sukan negara.

Selain itu, Megat D Shahriman juga berharap menerusi peruntukan diberikan, MPM mampu menghasilkan atlet para berkualiti untuk diserap masuk ke program elit yang dikendalikan MSN.

"Program para elit MSN yang jaga, kita hanya kendalikan pembangunan akar umbi bagi menghasilkan atlet terbaik. MPM akan cuba berikan yang terbaik dalam menyalurkan atlet berkualiti kepada MSN," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 30, 2021 @ 6:42pm

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... 5/mpm-mahu-rm5-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2021 06:53 AM | Show all posts

MEGAT D Shariman berterima kasih dan menyambut baik Bajet 2022 yang dibentangkan kerajaan apabila turut ‘selitkan’ peruntukan kepada atlet OKU. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.058360 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list