CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
123Next
Return to list New
View: 4530|Reply: 41

Saya tak ‘good looking’ nak jadi pelakon – Imran Bard

  [Copy link]
Post time 30-10-2021 08:35 PM | Show all posts |Read mode

IMRAN terkenal dengan dialog 'ghisau ghisau' dalam TikTok.

Saya tak ‘good looking’ nak jadi pelakon – Imran Bard

PETALING JAYA – Mengecap populariti mendadak sehingga berjaya meraih hampir 400,000 pengikut TikTok dalam tempoh singkat, pemuda yang kian mengorak langkah sebagai pensohor media sosial, Imran Bard menafikan sudah menerima tawaran berlakon.

Imran atau nama lengkapnya, Muhammad Al Imran Badaruddin berkata, dia tidak pernah terfikir untuk ke arah tersebut (berlakon).

“Saya orangnya biasa-biasa sahaja. Cekak memang ‘trademark’ saya.

“(Tentang berlakon), mana ada. Tak adalah. Saya tak ‘good looking’ (sedap mata memandang) nak jadi pelakon,” katanya dalam satu sesi siaran langsung (live) bersama pengacara Ain Edruce untuk segmen LimaLeTop YouTube hurr.tv.

Terkenal dengan aksi bersahaja termasuk dialog ‘ghisau ghisau’, Imran, 20, berkata, dia tidak menyangka dikenali ramai dalam sekelip mata gara-gara kuasa tular Internet.

“Mula-mula saya tengok kawan main TikTok. Sebelum itu, saya tak pandang pun (TikTok).

“Tengok kawan main TikTok kemudian blow up (meletup). Jadi, saya pun terpanggil nak main (TikTok). Saya cuba, mana tahu rezeki kita pula dapat naik (terkenal),” ujarnya yang berketinggian 180 sentimeter.

Selain popular mendadak dalam TikTok, Imran yang merupakan pelajar jurusan seni kulinari turut mengecap populariti drastik dalam YouTube.

Sehingga kini, jumlah subscriber YouTube Imran sudah mencecah 275,000 orang.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.

Barangkali disebabkan itu, salah satu video yang dimuat naik dalam YouTube miliknya berjudul ‘Dalgona Candy’ kian meraih 1 juta tontonan.

Nama Imran Bard semakin menjadi sebutan ramai apabila dialog ‘ghisau ghisau’ olehnya menjadi fenomena sehingga ramai pelakon popular tanah air menggunakan suara dan dialog tersebut dalam video mereka termasuklah Nur Fazura dan Ben Amir. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/10 ... pelakon-imran-bard/

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2021 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukup2lah jadik pelakon
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2021 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni nk mcm lee kwang soo pun ade. Kelakar gituueww
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2021 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
X de tik tok.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2021 12:04 AM | Show all posts
video yang dia buat dalgona candy tu lawak okeh
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia kelakar,i memula ingat mcm another bbnu yang try hard nak femes,rupanya tidakkk,ehh banyak kali tengok video peluang kedua tp cumi2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2021 04:29 PM | Show all posts
Terlalu bersahaja, tak buat kelakar pun.  Tapi kita yang tengok boleh terhibur.

Tapi tak adalah subscribe yt atau tt dia.  Cuma tt dia rajin lalu dekat ig..


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Youtube kelakar
Tiktok tak kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 09:50 AM | Show all posts
Muka dia ala ala Yassin Senario versi molek sikit. lol
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 09:53 AM | Show all posts
i suka tgk youtube masak2 dia sbb suka dgr dia berckp. selamba je tp berdekah org blh ketawa. pastu perkakas masak pun authentic pesen mak2 gitu. yg dia masak sagu gula melaka tu gigih siap kupas kelapa lagi. x pyh try hard sgt dik. jadi diri sendiri je. pastu x yah jadi pelakon nnt hanyut kng susah. buat YT je lah pun blh buat duit tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 09:54 AM | Show all posts
suka kat Imran ni.. ayat ayat dia mmg biasa tapi tak tau lah napa rasa kelakar pulak.. bersahaja dan spontan
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 10:57 AM | Show all posts
iolss lgi suka lawak bersahaja mcm ni dari lawak double meaning...

imran lek chill tak gelabah nk famous pun.. dia buat hal dia je.. tgk pun tau
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la dek.. Fokus je kat youtube and jadi diri sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 04:14 PM | Show all posts
bila dengar dia bercakap sesekali macam que haidar pulak
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 04:17 PM | Show all posts
Xboleh blah nyanyi lagu nabila razali
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 05:06 PM | Show all posts
apa YT dia eh? tak pernah tahu kewujudan dia pong
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 05:09 PM | Show all posts
Tarak kenal.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 06:01 PM | Show all posts
aku kelakor tgk yg peluang kedua tuh...
cilakaa confident ye dekkk hahhahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
I tgk jgk. tp taktau mengapa tak terhibur.
Takpe. I akan tgk lg vid2 beliau sahingga i terhibur
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis tgk sbb apasal u tube asyik suggest dia, tapi lama2 layan gak budak ni.
Dia tak buat joke tapi kita rasa benda tu joke.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2022 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.092089 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list