CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1145|Reply: 1

[Perlis] Peruntukan RM20 juta bantu pulih ekonomi Perlis

[Copy link]
Post time 30-10-2021 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Peruntukan RM20 juta bantu pulih ekonomi Perlis[size=0.8]Oleh Aizat Sharif - Oktober 30, 2021 @ 2:05pmbhnews@bh.com.my


Azlan (tiga kiri, berkemeja lengan pendek) menyampaikan sumbangan berbentuk makanan dan zakat kepada asnaf dan OKU di Masjid Tun Abdul Razak, Repoh, Kangar. - Foto AIZAT SHARIF



KANGAR: Kerajaan Perlis akan memfokuskan pelaksaan projek yang memberi faedah secara terus kepada rakyat menerusi peruntukan khusus RM20 juta seperti diumumkan dalam Bajet 2022 semalam.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, kerajaan negeri akan menggunakan peruntukan itu bagi mempercepatkan pemulihan penjanaan ekonomi di negeri itu.

"Malah, kita jangkakan dalam Bajet 2022 Negeri Perlis bulan depan juga beberapa sektor turut diberikan penekanan bagi merangsang ekonomi akibat krisis pandemik COVID-19.

"Peruntukan khusus RM20 juta ini dan begitu juga Bajet 2022 negeri akan kita memanfaatkan bagi membantu pemulihan sektor pembuatan, perkhidmatan, pertanian komersil, pelancongan perumahan dan hartanah mampu milik serta peruncitan," katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Agihan 1,000 Bakul Makanan Peringkat Negeri Perlis Kepada Golongan Asnaf dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Masjid Tun Abdul Razak, Repoh, di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri akan mengadakan sesi pemukiman di Langkawi, bersama semua ahli Majlis Mesyuarat Negeri, ketua jabatan bagi meneliti idea atau cadangan merancakkan ekonomi negeri Perlis untuk tahun hadapan.

"Tujuan sesi pemukiman ini supaya kita dapat menjana idea baharu untuk digunakan serta dimasukkan dalam pembentangan bajet peringkat negeri nanti," katanya.

Terdahulu, Azlan menyampaikan sumbangan berbentuk bahan makanan, zakat serta sumbangan wang kepada 20 asnaf dan OKU yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang tinggal di sekitar kawasan Kangar.

Turut hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana, Hubungan dan Kerjasama Sempadan Negeri, Ruzaini Rais, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Mohamad Hazam Ismail, Wakil Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis, Ustaz Muhammad Haafizuddin Abirerah dan Pengarah Eksekutif Persatuan Membantu Orang Kurang Upaya Malaysia (PMOKUM), Silatul Rahim Dahaman.

Dalam pembentangan Bajet 2022 semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan menyediakan peruntukan khusus berjumlah RM20 juta bagi setiap negeri bagi memfokuskan kepada projek berkenaan jaminan makanan, pelancongan dan pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2021 04:32 PM | Show all posts
tambah buncitlah tahun depan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.064982 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list