CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1308|Reply: 1

[Tempatan] Hooray!.. Dah boleh beli kondom untuk kegunaan kedua2 pasangan!

 Close [Copy link]
Post time 29-10-2021 09:53 AM | Show all posts |Read mode
Doktor Malaysia cipta 'kondom uniseks pertama di dunia'

Pakar sakit puan atau ginekologi warga Malaysia berjaya mencipta apa yang dikatakannya sebagai kondom uniseks pertama di dunia yang boleh digunakan oleh wanita atau lelaki dan diperbuat daripada bahan gred perubatan yang lazimnya digunakan sebagai pembalut untuk kecederaan dan luka.

Penciptanya berharap Kondom Uniseks Wondaleaf akan memperkasakan orang ramai untuk mengawal kesihatan seksual mereka dengan lebih baik tanpa mengira jantina atau orientasi seksual mereka. "Ia pada asasnya kondom biasa dengan dilitupi pelekat," kata John Tang Ing Chinh, pakar sakit puan di firma bekalan perubatan Twin Catalyst.

"Ia adalah kondom yang dilitupi pelekat yang melekat pada faraj atau zakar, serta menutup kawasan berdekatan untuk perlindungan tambahan," kata Tang.
Pelekat itu hanya terdapat pada satu bahagian kondom berkenaan, tambahnya, bermakna ia boleh diterbalikkan dan digunakan oleh lelaki atau wanita.



Setiap kotak Wondaleaf mengandungi dua kondom dan berharga RM14.99. Harga purata untuk sedozen kondom di Malaysia ialah RM20 hingga RM40.
Tang membuat kondom menggunakan ‘polyurethane’- bahan yang digunakan dalam pembalut luka lutsinar yang nipis dan fleksibel - namun kuat dan kalis air.
"Sebaik sahaja memakainya, kamu tidak akan menyedari bahawa ia ada di sana," katanya merujuk kepada pembalut yang diperbuat daripada bahan itu.


Tang berkata Wondaleaf telah melalui beberapa pusingan penyelidikan dan ujian klinikal dan akan tersedia secara komersil melalui laman web firma itu Disember ini.
"Berdasarkan bilangan ujian klinikal yang telah kami jalankan, saya agak optimis bahawa jika diberikan masa masa ia akan menjadi tambahan bermakna kepada banyak kaedah kontraseptif yang digunakan dalam pencegahan kehamilan yang tidak diingini dan penyakit kelamin," kata Tang.

sumber : mkini





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2021 06:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.050045 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list