CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1958|Reply: 0

Huawei MateBook 14s terbaru serendah RM4,999

[Copy link]
Post time 28-10-2021 10:37 PM | Show all posts |Read mode
Huawei MateBook 14s Kini Boleh Dipratempah pada Harga Bermula RM4999
Diterbitkan pada 28 Okt 2021. oleh Amy Maizuraa.

Rangkaian komputer riba Huawei di Malaysia dikemaskini dengan model baharu. Melaluinya, Huawei MateBook 14s telah diperkenalkan dan ia hadir dengan pilihan cip sehingga Intel Core i7-11370H dan grafik Intel Iris Xe. Bagi yang berminat, ia kini boleh dipratempah pada harga bermula RM4,999 untuk Huawei MateBook 14s (i5). Manakala, Huawei MateBook 14s (i7) pula berharga RM6,699. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan iaitu Spruce Green dan Space Grey.



Lebih menariknya, setiap pembelian akan didatangkan dengan hadiah menarik bernilai sehingga RM 1,366 secara percuma. Ianya terdiri dengan Huawei FreeBuds Pro, Huawei Backpack, Huawei Bluetooh Mouse dan langganan Microsoft Office 365 selama satu tahun.



Untuk spesifikasi penuh, Huawei MateBook 14s merupakan komputer riba dengan dengan skrin 14.2-inci 2K bernisbah 3:2, dijana cip sehingga Intel Core i7-11370H, grafik Intel Iris Xe, memori sehingga 16GB, storan sehingga 1GB dan bateri 60Wh. Pengecasan pantas 90W disertakan dengan sambungan menerusi USB-C yang mampu beroperasi mencapai 3 jam lamanya dengan 15 minit masa pengecasan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.080246 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list