CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: LelaRentaka7

╰☆☆ Tips Semasa Temuduga ☆☆╮

  [Copy link]
 Author| Post time 28-10-2021 04:43 PM | Show all posts
Apakah matlamat dan perancangan anda untuk jangkamasa pendek dan panjang?
Nyatakan matlamat anda bagi kerja yang dipohon.

Contoh jawapan: "Matlamat jangka pendek adalah saya berharap agar mendapat pekerjaan tetap bagi menjamin kehidupan saya dan keluarga di masa hadapan. Saya amat berharap terpilih untuk menjawat jawatan ini. Matlamat jangka panjang adalah saya ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik. Saya akan terus memperbaiki kualiti kerja saya dengan cara menambahkan ilmu iaitu melalui menghadiri seminar, bengkel dan kursus. Saya juga berazam untuk mengembangkan potensi diri dan kerjaya saya sehingga ke peringkat tertinggi".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2021 04:44 PM | Show all posts
Apakah kelemahan diri anda?
Jawapan bagi soalan ini harus diolah menjadi positif.

Contoh jawapan: "Kelemahan diri saya adalah saya terlalu menumpukan kepada kerja yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Saya akan memastikan kerja disiapkan sebelum pulang ke rumah sehingga saya sanggup pulang lewat ke rumah".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:45 PM | Show all posts
Ceritakan cara kerja anda?
Terangkan mengenai cara kerja anda secara teratur.

Contoh jawapan: "Saya membuat kerja dengan terancang supaya saya boleh memberi tumpuan kepada kerja yang seterusnya. Saya sentiasa menyemak kerja saya supaya kerja saya lakukan itu betul-betul berkualiti. Saya juga sentiasa berbincang dengan rakan sekerja yang lain dalam melaksanakan tugasan yang diberi supaya lebih cekap dan efisyen".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:45 PM | Show all posts
Bagaimana cara anda menangani tekanan kerja?
Jawapan untuk soalan ini mesti positif.

Contoh jawapan: "Saya sentiasa fokus dan berusaha untuk menyiapkan kerja saya walaupun saya sedang tertekan. Tekanan boleh menjadi motivasi kepada saya kerana dengan adanya tekanan saya akan berusaha melakukan tugasan dengan lebih baik. Di samping itu juga, saya berdoa agar diberikan kekuatan oleh Allah di dalam menghadapi tekanan kerja".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:46 PM | Show all posts
Apakah perkara yang dapat memberikan anda motivasi dalam bekerja?
Jawab secara positif.

Contoh jawapan: "Saya melatih diri saya untuk menyiapkan kerja tepat pada masanya untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik. Ianya akan memberikan kepuasan kepada diri saya".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:47 PM | Show all posts
Sekiranya anda ditugaskan bekerja di kawasan pedalaman, apa reaksi anda?

Nyatakan bahawa anda sanggup untuk bertugas di mana sahaja termasuklah di kawasan pedalaman.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-10-2021 04:48 PM | Show all posts
Apakah kebolehan lain anda?
Sediakan jawapan selain daripada yang ditulis dalam resume anda. Contohnya anda mahir membaiki komputer.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:49 PM | Show all posts
Soalan Mengenai Jawatan Dipohon

Apakah misi, visi dan objektif syarikat?

Jawapan berkenaan misi, visi dan objektif boleh didapati dari laman web syarikat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2021 04:49 PM | Show all posts
Berapakah gaji yang ditawarkan?

Dapatkan maklumat mengenai gaji melalui laman laman web syarikat atau pekerja yang sedang berkhidmat di syarikat berkenaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:50 PM | Show all posts
Nyatakan apa yang anda faham mengenai fungsi dan peranan syarikat ini?

Dapatkan maklumat mengenai fungsi dan peranan syarikat (dalam laman web syarikat).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:50 PM | Show all posts
Apakah tugas-tugas yang akan dibuat?

Nyatakan deskripsi tugas anda (dapatkan maklumat ini dalam laman web syarikat).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:51 PM | Show all posts
Kenapa anda memohon jawatan ini?

Nyatakan bahawa anda berminat untuk membina kerjaya di syarikat berkenaan.

Nyatakan juga anda ingin menyumbangkan pengetahuan dan kemahiran sediaada serta memberi peluang kepada perkembangan profesional dan potensi diri anda.

Kaitkan pengalaman kerja yang lepas dengan jawatan dipohon (jika berkaitan).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:52 PM | Show all posts
Soalan Meminta Pendapat
Apa pandangan anda jika dikatakan seorang pekerja berkualiti adalah mereka yang beriman berpandukan ajaran agama?

Contoh jawapan : "Pada pandangan saya, jika kita berpegang teguh kepada ajaran agama serta melaksanakannya, pasti wujud sifat jujur, ikhlas dan amanah di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Sekaligus akan menghasilkan pekerja yang berkualiti".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:53 PM | Show all posts
Apakah cadangan penambahbaikan untuk syarikat ini?

Contoh jawapan: "Setiap kakitangan seharusnya menambahbaik sistem penyampaian kepada pelanggan supaya lebih cekap dan telus mengikut SOP yang ditetapkan.

Syarikat juga perlu menyediakan kemudahan untuk promosi dan pesanan produk secara online bagi memudahkan pelanggan berurusan dengan syarikat.

Selain itu, setiap kakitangan perlu diterapkan budaya kerja berprestasi tinggi yang melibatkan perubahan budaya kerja, cara berfikir dan cara bertindak bagi memastikan syarikat berkembang maju".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:54 PM | Show all posts
Jika anda diberikan tugasan tetapi tiada bahan rujukan, apakah tindakan anda untuk menyiapkan tugasan itu?

Contoh jawapan: "Jika saya diberikan tugasan tetapi tiada bahan rujukan, saya akan berbincang dengan rakan sekerja yang mempunyai pengalaman berkenaan tugasan itu. Saya percaya bahawa setiap tugasan yang diberi pasti ada penyelesaiannya. Melalui cara berbincang pasti mendapat idea untuk menyiapkan tugasan berkenaan".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:54 PM | Show all posts
Jika anda diberikan dua tugasan dalam satu masa dan kedua-duanya perlu disiapkan dalam tempoh masa yang singkat, jelaskan cara atau tindakan yang diambil oleh anda?

Contoh jawapan: "Saya akan menyelesaikan tugasan yang diberikan mengikut keutamaan. Keutamaan saya adalah terhadap tugasan yang lebih penting dan paling hampir tarikh akhirnya".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2021 04:55 PM | Show all posts
Apakah kepentingan integriti terhadap sesuatu pekerjaan?

Contoh jawapan: "Integriti memastikan setiap tindakan dan perbuatan kita berpandukan kebenaran dan kejujuran selaras dengan ajaran agama dan undang-undang. Integriti juga dapat menghindarkan diri kita dari pecah amanah atau rasuah".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:56 PM | Show all posts
Selain itu, pastikan anda membuat persediaan mengenai soalan berkaitan pengetahuan umum dan isu semasa. Anda juga boleh mengikuti forum dan berbincang dengan individu yang memiliki pengalaman ditemuduga bagi jawatan yang dipohon.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.347992 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list