CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5295|Reply: 37

╰☆☆ Tips Semasa Temuduga ☆☆╮

  [Copy link]
Post time 28-10-2021 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Temuduga adalah langkah permulaan sebelum anda memasuki alam pekerjaan. Ramai calon yang memiliki kelulusan dan kelayakan yang dikehendaki, namun mereka gagal untuk meyakinkan penemuduga untuk mengambil mereka bekerja.





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2021 04:16 PM | Show all posts
Masuk ke bilik temuduga
Apabila nama anda dipanggil, ketuk pintu.

Terus masuk dan beri salam atau ucap selamat (jangan menjenguk masuk dan keluar kepala anda kerana ini menunjukkan anda seorang yang kurang berkeyakinan diri).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:17 PM | Show all posts
Duduk di bilik temuduga
Jangan duduk selagi tidak dijemput duduk .
Ucapkan terima kasih jika diminta duduk.
Duduk dengan badan yang tegak dan selesa di atas kerusi dengan kedua kaki di lantai dan tangan di atas paha (elakkan menyilang atau menggoyang kaki).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:18 PM | Show all posts
Menjawab soalan temuduga
Berikan perhatian dengan mendengar dan memahami soalan yang diajukan.
Berfikir dahulu selama beberapa saat sebelum menjawab dengan tenang.
Kaitkan jawapan dengan pengetahuan dan pengalaman anda.
Jangan abaikan ‘eye contact’ dengan penemu duga ketika menjawab soalan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:20 PM | Show all posts
Jangan lakukan perkara2 berikut semasa temuduga
1. Mengunyah sesuatu di dalam mulut ketika sedang ditemuduga.
2. Menghina atau mencela bekas majikan anda.
3. Menyampuk ketika penemuduga sedang bercakap.
4. Berbalah dengan penemuduga walaupun anda tidak bersetuju dengan pendapatnya.
5. Berbohong jika anda tidak tahu jawapan yang disoal.
6. Berbincang masalah peribadi anda dengan penemuduga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:22 PM | Show all posts
Menamatkan temuduga
Biarkan penemuduga menamatkan sesi temuduga.

Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana telah memberikan peluang kepada anda untuk ditemuduga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-10-2021 04:24 PM | Show all posts
Persediaan Menghadapi Temuduga
Pasti anda berasa gembira di saat menerima surat panggilan temuduga untuk jawatan yang anda impikan. Namun bagi anda yang berasa gemuruh pasti memerlukan persediaan awal sebelum menghadapi temuduga.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:26 PM | Show all posts
Persediaan maklumat untuk temuduga
Kumpulkan maklumat berkaitan jawatan yang dipohon termasuk profil syarikat, misi, visi, objektif dan skop tugas dengan cara merujuk laman web syarikat, Jabatan Tenaga Kerja atau kaunselor kerjaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2021 04:26 PM | Show all posts
Persediaan dokumen untuk temuduga
Susun dokumen asal seperti sijil akademik dan sijil-sijil lain yang berkaitan di dalam fail yang sesuai.

Susunan haruslah mengikut yang ditetapkan oleh penemuduga.

Sediakan juga salinan dokumen dan resume jika diminta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:27 PM | Show all posts
Latihan sebelum hadapi temuduga
Sediakan soalan-soalan yang mungkin disoal untuk sesi temuduga nanti berserta dengan jawapan.

Berlatih di hadapan cermin besar untuk menjawab soalan yang mungkin disoal, pastikan ‘eye contact’ ketika memandang cermin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:28 PM | Show all posts
Pemilihan pakaian untuk temuduga
Pilih pakaian yang sesuai, kemas dan bersih untuk menghadiri temuduga.

Elakkan memakai pakaian yang menjolok mata dan terlalu berwarna-warni.

Pakai kasut bertutup bagi menampilkan imej kemas dan profesional.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:29 PM | Show all posts
Penampilan diri untuk temuduga
Potong kuku dan rambut anda supaya bersih dan kemas.

Bagi wanita berambut panjang, ikat rambut dengan kemas.

Elakkan memakai aksesori secara berlebihan.

Bersolek ringkas dan elakkan memakai minyak wangi berlebihan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:29 PM | Show all posts
Tepati masa ketika temuduga
Pandangan pertama adalah penting di dalam penilaian diri seseorang.

Rancang perjalanan anda ke tempat temuduga.

Pastikan anda menepati masa dan tiba 30 minit lebih awal sebelum sesi temuduga bermula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:32 PM | Show all posts
Berdoa untuk hadapi temuduga
Jangan lupa berdoa dan bagi yang beragama Islam, jangan lupa untuk melakukan solat sunat hajat dan berdoa agar diberikan kekuatan dan keyakinan diri bagi menghadapi temuduga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:33 PM | Show all posts
Oleh itu, persediaan awal yang dilakukan bagi menghadapi temuduga mungkin dapat mengurangkan rasa gemuruh dalam diri anda.

Source
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:39 PM | Show all posts
Contoh Soalan dan Jawapan Temuduga
Salah satu persediaan untuk menghadapi temuduga adalah dengan menyediakan deraf soalan dan jawapan yang mungkin ditanya oleh penemuduga. Peruntukkan masa untuk berlatih soalan dan jawapan temuduga ini sebelum menghadiri temuduga.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2021 04:40 PM | Show all posts
Soalan Mengenai Diri Anda
Sila perkenalkan diri anda.

Ceritakan mengenai diri anda iaitu nama, kelulusan (SPM, Diploma, Ijazah) dan pengalaman kerja dahulu (termasuk skop kerja).

Nyatakan tujuan anda menghadiri temuduga pada hari berkenaan adalah bagi menambah pengalaman dan untuk menyumbang tenaga kepada pihak syarikat.

Ucapkan terima kasih kerana telah memberikan peluang untuk ditemuduga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:41 PM | Show all posts
Mengapa kami perlu memilih anda bekerja di syarikat kami?
Nyatakan kekuatan dan kelebihan yang anda miliki berkaitan dengan bidang kerja yang dipohon.

Contoh: berdisiplin, bertanggungjawab, berhemah tinggi, sukakan cabaran dan sedia belajar sesuatu yang baru, mampu bekerja di dalam pasukan, bermotivasi tinggi dan mampu bekerja di bawah tekanan, bijak menguruskan masa.

Kaitkan pengalaman kerja yang lepas dengan jawatan dipohon (jika berkaitan).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:42 PM | Show all posts
Apa yang anda akan sumbangkan sekiranya anda dipilih untuk jawatan ini?
Nyatakan sekiranya dipilih untuk jawatan berkenaan, pasti anda berusaha menjadi seorang kakitangan yang jujur dan produktif di dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

Nyatakan juga, “Saya adalah antara ribuan graduan di luar sana yang mengharapkan dapat berkhidmat di syarikat tuan. Saya sedar saya bukanlah yang terbaik, namun jika tuan memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat, tentu saya akan menggunakan peluang ini untuk memperbaiki diri saya dan belajar untuk menjadi yang terbaik. Saya percaya tiada seorang pun manusia di dunia ini menjadi yang terbaik tanpa berusaha dan terus belajar”.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2021 04:42 PM | Show all posts
Sila ceritakan penglibatan anda di dalam sukan dan persatuan?
Ceritakan mengenai sukan dan persatuan yang pernah anda sertai.

Jika anda pernah memenangi pertandingan di dalam sukan yang disertai, terangkan secara ringkas mengenai pancapaian anda.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.383603 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list