CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 898|Reply: 0

[Sabah] 14 premis judi tanpa lesen dipotong bekalan elektrik

[Copy link]
Post time 27-10-2021 03:16 PM | Show all posts |Read mode


POTONG: Pasukan serbuan memotong bekalan elektrik di premis yang dipercayai menjalankan kegiatan judi secara haram.

TUARAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran dengan kerjasama Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memotong bekalan elektrik di 14 premis yang dipercayai menjalankan kegiatan judi tanpa lesen di sini.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata kesemua premis terbabit didapati berselindung di sebalik perniagaan biasa bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Operasi dijalankan selama lapan jam bermula jam 9 pagi masing-masing empat di pekan Tuaran dan Taman Seri Rugading serta tiga di Taman Telipok Ria.

“Pasukan operasi turut memutuskan bekalan elektrik terhadap dua premis di Taman Telipok Square dan satu premis di Tamparuli yang dikenalpasti menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Hamizi berkata pemotongan bekalan elektrik ini dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 kerana menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen.

“IPD Tuaran akan terus menjalankan operasi dalam usaha membanteras aktiviti perjudian tanpa lesen daripada terus berleluasa di daerah ini.

“Kita juga akan memastikan risikan dan operasi dijalankan dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, sebanyak 76 serbuan dijalankan dan 90 individu berjaya ditahan.

“Sepanjang tempoh itu, nilai rampasan seperti telefon bimbit, pencetak mudah alih dan wang tunai yang berjaya dirampas dianggarkan mencecah RM120,000,” katanya.

Sehubungan itu katanya orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan promosi sindiket perjudian atas talian serta menghindari pengaruh ejen perjudian yang kononnya mampu menggandakan pendapatan dengan melabur dalam aktiviti perjudian.

“Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti premis perjudian haram di daerah ini supaya tindakan segera dapat diambil.

“Polis IPD Tuaran sentiasa mengambil perhatian yang serius dan tindakan terhadap premis perjudian yang beroperasi secara haram,” katanya.



utusanborneo.com.my/2021/10/27


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.461961 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list