CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 887|Reply: 0

[Sabah] Majlis hari jadi punca Kluster Kimolohing Ranau

[Copy link]
Post time 27-10-2021 11:12 AM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Majlis hari jadi dikesan menjadi punca tercetusnya Kluster Kimolohing Ranau semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kluster jenis komuniti itu dipercayai berpunca daripada kes indeks iaitu lelaki tempatan yang dikesan positif pada 18 Oktober lepas.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, kes indeks mengadakan majlis sambutan hari jadi pada 12 hingga 14 Oktober 2021 di rumahnya.

Menurutnya, kes indeks kemudiannya menghadiri majlis hari jadi di rumah saudaranya pada 16 Oktober 2021 sebelum mula bergejala sejak 17 Oktober 2021 dan menjalani saringan pada hari berikutnya dan didapati positif.

"Justeru saringan kontak rapat dilakukan dan seramai 48 orang daripada lokaliti yang sama didapati positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 49 kes.

"Bagaimanapun, punca jangkitan sebenar masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau turut menyeru orang ramai agar tidak lalai dan alpa menjaga prosedur operasi standard (SOP) dalam melaksanakan keramaian seperti majlis keluarga dan pengebumian.

Dalam pada itu katanya, sejumlah 12 sekatan jalan raya (SJR) dilaksana dalam tempoh 24 jam melibatkan pemeriksaan sebanyak 8,094 kenderaan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, tiada kenderaan diarah berpatah balik. Sebanyak empat kompaun melanggar SOP COVID-19 turut dikeluarkan seluruh Sabah.

Masidi berkata, tiga individu dikompaun akibat gagal mendaftar masuk premis, manakala satu kompaun membabitkan individu yang tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan.


utusanborneo.com.my/2021/10/27

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.070797 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list