CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 569|Reply: 3

[Tempatan] Cikgu Kimia Dari Ipoh Dapat Anugerah Global Teacher Award 2021.tahniah

  [Copy link]
Post time 27-10-2021 07:57 AM | Show all posts |Read mode
Pengorbanan, kegigihan dan usaha keras seorang guru subjek Kimia dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ave Maria Convent Ipoh mendidik anak muridnya terbalas apabila beliau menerima anugerah antarabangsa “The Global Teacher Award 2021”.
Cikgu V Komathy, 38, yang sudah 14 tahun bergelar pendidik menerima pengiktirafan tersebut pada satu majlis secara maya anjuran AKS Education Awards di laman Facebook dan YouTube rasmi mereka semalam.
Difahamkan Cikgu Komathy sudahpun dimaklumkan mengenai kemenangannya oleh pihak penganjur menerusi satu e-mel pada 29 September lalu.

Guru lulusan Sarjana Pendidikan Kimia dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagaimanapun mengakui terkejut dan terharu sebaik mendapat perkhabaran gembira tersebut.
“Saya masih tidak boleh percaya dipilih sebagai pemenang daripada 321 calon dari Malaysia dan kira-kira 26,000 penyertaan dari negara lain.
“Daripada jumlah itu, 500 orang disenarai pendek, termasuk enam calon Malaysia,” kata Ibu kepada tiga anak itu dipetik dari [color=rgb(0, 0, 0) !important]Benama.

Pernah menerima beberapa anugerah
Beliau yang sedang melanjutkan pengajian kedoktoran dalam Pendidikan Kimia sebelum ini sudah menerima beberapa anugerah antaranya Anugerah Guru Cemerlang Kimia, Anugerah Wanita Inspirasi Global 2021 dan pingat emas Pameran Inovasi Saintis Muda Malaysia 2021 (Mysie2021) (Sains Persekitaran).
Aktif dalam bidang inovasi
Beliau bukan setakat mendidik malah aktif dalam bidang inovasi dan telah menghasilkan beberapa produk inovasi dalam mencungkil minat pelajar dalam subjek kimia hingga dikenali di peringkat antarabangsa iaitu :
1.‘Chem-Ester Kit: Chem-Ester Kit 2.0’ sebuah produk gameboard pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) Kimia berupa modul bimbingan berbentuk kad permainan dan direka bentuk bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap penulisan formula molekul, struktur, penamaan bagi sebatian alkana, alkena, alkuna, alkohol, asid karboksilik serta ester..
2. ‘Biomass Activated Carbon (BAC) for Toxic Dyes Removal: Towards a Sustainable Environment’, sebuah aplikasi ilmu Kimia dalam penyelesaian masalah yang bertujuan mengembangkan karbon aktif biomas daripada tiga sisa pertanian, iaitu serabut tebu, sekam kelapa dan kulit pisang untuk menghilangkan pewarna beracun daripada air yang tercemar.
“Kimia memang subjek kurang digemari kerana penuh formula dan banyak melibatkan pengiraan, oleh sebab itu perlu mendidik dengan cara menghiburkan untuk menarik minat pelajar supaya tidak mudah putus asa untuk mempelajari subjek ini,” katanya.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ticher chzy bila lagi?

Kelas asyik ponteng aja....vaksin asyik nak elak je...macam mana kheunz? Non examplary to murid2nya..

Kahkahkahkahksh
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah sheol. Sheol memang femes dalam bidang STEM.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniahhhhhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Semasa



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2021 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.113418 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list