CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 850|Reply: 0

[Sarawak] Lebih 7,000 polis dijangka terlibat PRN Sarawak ke-12

[Copy link]
Post time 26-10-2021 11:48 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Lebih 7,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 akan datang, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim.

Menurut beliau, bagaimanapun jumlah itu belum dimuktamadkan kerana pihaknya belum menerima maklumat penuh mengenai PRN Sarawak.

“Buat masa ini, memang kita sudah bersedia dengan lebih 7,000 petugas PDRM di Sarawak bagi membantu proses PRN yang akan diadakan bila-bila masa.

“Dari segi sumber manusia dan juga, aset-aset yang ada memang mencukupi. Jika diperlukan, kita akan tambah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penyampaian Sumbangan Bakul Makanan kepada Asnaf dan Pesara Polis di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya, PRN Sarawak kali ini adalah berbeza daripada yang lepas kerana masih dalam pandemik COVID-19.

“Kita akan melaksanakan dan mematuhi atau menguatkuasakan tentang perkara berkaitan SOP yang melibatkan COVID-19.

“Oleh itu, kita harap pengundi yang pergi ke pusat pengundian akan mematuhi SOP  tersebut bagi memudahkan PRN dijalankan,” katanya.

Katanya, pihaknya kini menunggu arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) itu.

Mazlan memberi jaminan sekiranya PRN diumumkan bila-bila masa, PDRM sudah bersedia menghadapinya.

“PDRM kontinjen Sarawak telah mengadakan perbincangan dan pihaknya bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab ini,” ujarnya.


utusanborneo.com.my/2021/10/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.092950 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list