CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 920|Reply: 0

[Sarawak] Bekalan air untuk Samalaju mencukupi

[Copy link]
Post time 26-10-2021 11:36 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Kawasan Perindustrian Samalaju di Bintulu merupakan hab perindustrian terpenting di Sarawak yang sememangnya memerlukan bekalan air bersih sempurna bagi menampung keperluan kawasan tersebut.

Menurut Menteri Utiliti Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, perancangan teliti perlu dibuat bagi memastikan bekalan air dapat disalurkan ke semua tempat tersebut termasuk kegunaan masyarakat di Bintulu.

Antara perancangan tersebut ialah meneliti pelan induk, komponen sistem air, pengagihan bekalan air dan menggantikan paip-paip lama serta sistem bekalan air ditambahbaik dan dinaik taraf.

“Apabila melihat betapa pentingnya kawasan Perindustrian Samalaju ini, permintaan dan keperluan untuk menyediakan air untuk semua aktiviti industri dan peningkatan permintaan masyarakat di Bintulu adalah tinggi.

“LAKU dan Jabatan Bekalan Air Bersih Luar Bandar (JBALB) akan bekerjasama mengendalikan keperluan bekalan air bagi kawasan Bintulu dan kawasan lain sekitarnya,” katanya semasa berucap dalam Lawatan Ke ‘Water Treatment’ Nyabau pada Isnin.

Mengenai Projek Bekalan Air di seluruh Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena berkata, sebelum pandemik COVID-19 Kerajaan Sarawak telah memberikan tempoh dua tahun bagi menyiapkan beberapa projek bekalan air dengan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion.

Bagaimanapun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada beberapa projek bekalan air yang tidak dapat disiapkan dan tertangguh.

“Apabila dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekatan  rentas daerah, pekerja-pekerja tidak dapat datang kembali bekerja dan sebagainya, menyebabkan ada projek yang terpaksa ditangguhkan.

“Atas sebab itu, kita hanya berjaya menyiapkan 21 daripada 26 Projek Rakyat.

“Kami juga telah menyelesaikan 29 daripada 47 projek dengan membelanjakan lebih RM1 bilion,” tambahnya.

Dato Sri Dr Stephen Rundi turut juga menyentuh mengenai Projek Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) yang merupakan sebahagian Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) dan digunakan ketika Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak (RES) projek diperkenalkan.

Katanya, Projek SAWAS akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan penduduk yang tinggal di jauh di kawasan pedalaman turut menikmati bekalan air bersih sebagaimana penduduk di kawasan bandar.

Selepas itu, Dato Sri Dr Stephen Rundi dan rombongan yang disertai Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti Sarawak Dato Ir Alice Jawan, Pengarah JBALB Sarawak Ir Chang Kuet Shian dan Ketua Pegawai Eksekutif LAKU Management Sdn Bhd Ts Daniel Punang telah melawat Loji Rawatan Air Nyabau bagi melihat Loji Rawatan Air (MLD) Fasa 4 dan saluran paip pemindahan air mentah baharu sepanjang 7km, iaiutu dari Empangan Assyakirin ke Loji Rawatan Air Sebiew.

Loji Rawatan Air Nyabau merupakan salah satu Projek Rakyat yang berimpak tinggi dan kini mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat dari 254 Juta Liter Sehari(JLS) ke 354JLS, iaitu dengan kadar peningkatan sebanyak 100JLS serta meningkatkan margin simpanan bekalan air sebanyak 40 peratus.

Ini membolehkan loji ini menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat di Bintulu termasuk ke kawasan luar bandar seperti Sebauh, Ulu Sebauh dan Kuala Tatau.


sarawakvoice.com/2021/10/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.075263 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list