CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 961|Reply: 0

[Sabah] Penunggang Motosikal Maut Dirempuh 4×4 Di Keningau

[Copy link]
Post time 26-10-2021 11:33 PM | Show all posts |Read mode


KENINGAU: Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 5, Jalan Tambunan-Keningau, berhampiran Kampung Moloson, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun dikatakan mengalami kecederaan serius dan dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tambunan.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kemalangan berkenaan daripada orang awam pada jam 8 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan anggota dan pegawai terus dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Siasatan awal mendapati mangsa bergerak dari arah Keningau menuju ke Tambunan. Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 67 tahun tiba-tiba memasuki laluan mangsa.

“Disebabkan jarak yang terlalu dekat, mangsa tidak sempat mengelak dan kenderaan berkenaan terus bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa,”katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan kepala.

Katanya, mangsa kemudiannya dibawa ke hospital menggunakan ambulans sebelum mendapatkan rawatan di Wad Kecemasan Hospital Tambunan.
“Hasil siasatan mendapati kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu pacuan empat roda berkenaan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – Asiatimes


sabahpost.net/2021/10/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.133516 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list