CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 894|Reply: 0

[Sarawak] 901 individu ditangkap terbabit penyalahgunaan dadah

[Copy link]
Post time 26-10-2021 11:26 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seramai 901 individu ditangkap kerana terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah bagi tempoh Januari sehingga September tahun ini.

Pengerusi Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (Pemadam) Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tangkapan tersebut merupakan hasil dari 242 operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa dalam sepanjang tempoh tersebut.

“Setakat September, seramai 1803 klien diberikan pengawasan oleh AADK manakala seramai 108 lelaki dan tiga wanita ditempatkan di Puspen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sarawak di bilik Mesyuarat UTC, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon, Pengarah AADK Sarawak, Iskandar Turkee dan Setiausaha Kerajaan Persekutuan Sarawak, Datuk Amir Omar.

Menjelas lanjut, Karim berkata bagi Kawasan Berisiko Tinggi (KBT), Bahagian Kuching mencatatkan jumlah klien terbanyak di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) iaitu 51 klien, Miri (44) dan Samarahan (38).

“Walaupun jumlah ini nampak kecil namun bukan bererti kita berjaya tangani masalah dadah.

“Masalah dadah ini adalah satu masalah yang berlaku dalam masyarakat kita.

“Harapan kita untuk semua ibu bapa, guru-guru, pemimpin masyarakat dan mereka yang bekerja di sektor swasta atau perkhidmatan awam untuk sama-sama menggembleng tenaga memastikan masalah dadah ini tidak menular menjadi lebih besar dari apa yang berlaku pada hari ini,” katanya.


suarasarawak.my/2021/10




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.692246 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list