CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 875|Reply: 0

[Sarawak] Tujuh buruh ladang dipenjara lima bulan terlibat rusuhan

[Copy link]
Post time 26-10-2021 11:20 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Tujuh buruh ladang warga asing masing-masing dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Batu Niah semalam setelah mengaku bersalah terlibat dalam satu rusuhan.
   
Mahkamah turut memerintahkan kesemua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran setelah selesai menjalani hukuman penjara kelak.
   
Kariwansyah, 26; Ashar Lafendi, 29; Ranggong, 38; Agus Ardima, 24; Maswan Jamaludding, 28; Ardansyah, 20, dan Kepin Sulili, 40, semuanya berasal dari Indonesia didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
   
Menurut keterangan kes, kesemua tertuduh didapati telah hadir dalam satu rusuhan yang berlaku di kawasan Sepupok New Township, Jalan Niah, Subis.
   
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.30 pagi, 11 Ogos lalu.
   
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh pertama hingga keenam dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan pada 12 Ogos lalu.
   
Manakala bagi tertuduh ketujuh dikuatkuasakan mulai tarikh dia ditangkap pada 21 Ogos lalu.
   
Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.


utusanborneo.com.my/2021/10/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.150039 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list