CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 902|Reply: 0

[Sarawak] Ugut bunuh jiran gara-gara jiran sembunyikan teman wanita, lelaki dipenjara

[Copy link]
Post time 26-10-2021 11:19 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini gara-gara mengugut bunuh jiran kerana menyembunyikan teman wanitanya.

Harris Illias, 44, mengaku bersalah sebaik tuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, lelaki bekerja sendiri itu didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut hendak membunuh Brody Lopoh, 38, dalam satu kejadian pada 20 Mei lalu, jam lebih kurang 1.30 tengah hari, di rumah mangsa terletak di Jalan Datuk Ajibah Abol, di sini.

Berdasarkan keterangan kes, tertuduh pergi ke rumah mangsa sambil memegang sebilah parang dan telah memarahi mangsa.

Tertuduh juga mengeluarkan kata-kata ugutan hendak menetak mangsa menggunakan parang tersebut, selain mengacukannya terhadap mangsa.

Hasil siasatan mendapati tertuduh bertindak sedemikian susulan mangsa menyembunyikan teman wanita tertuduh.
Laporan polis seterusnya dibuat dan tertuduh ditangkap pada 23 Mei lalu.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang lelaki didenda RM10,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar kerana terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian.

Lenard Jacquline, 22, megaku bersalah mengendalikan sebuah mesin perjudian dalam talian iaitu sebuah telefon bimbit pada 1 Mac lalu, jam 8 malam di sebuah premis di Jalan Simen Raya, Pending, di sini.

Berdasarkan keterangan kes, tertuduh ditangkap oleh pihak polis yang menyerbu premis berkenaan susulan dia dipercayai menjalankan kegiatan judi dalam talian.

Hasil siasatan mendapati telefon bimbit yang dirampas daripada tertuduh merupakan satu mesin judi, seperti yang dinyatakan oleh laporan pakar judi.

Selain telefon bimbit, turut dirampas adalah wang tunai berjumlah RM88 dan satu keping keratan kertas bertulis ID dan kata laluan disyaki digunakan untuk kegiatan tersebut.

Oleh itu, tertuduh didakwa dan disabitkan mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas dan boleh dijatuhi hukuman penjara tidak melebihi lima tahun.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.


utusanborneo.com.my/2021/10/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.140486 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list