CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1580|Reply: 13

[Politik] Mengapa bukan PM, Hishammuddin umum larangan perhimpunan

[Copy link]
Post time 26-10-2021 11:04 PM | Show all posts |Read mode
Mengapa bukan PM, Hishammuddin umum larangan perhimpunan


Larangan perjumpaan dan perhimpunan politik ketika kempen PRN Melaka tidak wajar - Mustapha. FOTO NSTP

KUALA LUMPUR: Veteran UMNO mendakwa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mempunyai niat tidak baik terhadap parti itu selepas mengumumkan perhimpunan ramai bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak dibenarkan berkuat kuasa semalam sehingga 27 November ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub, berkata Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau seolah-olah mahu mengekang jentera parti itu berkempen untuk membantu UMNO mencapai kemenangan dalam PRN itu.

Katanya, perkara itu akan memberi nafas kepada BERSATU untuk menggerakkan jenteranya yang lemah bagi menghadapi UMNO.

"Tidak dapat dinafikan UMNO mempunyai jentera yang rapi dan tersusun bagi menjamin kemenangan PRN Melaka berbanding jentera BERSATU yang lemah dan tidak teratur walaupun dengan sokongan jentera PAS.

"Oleh itu, Veteran UMNO mendesak Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) supaya membenarkan kempen PRN Melaka ini dengan SOP (prosedur operasi standard) ketat termasuk melarang semua menteri dan timbalannya berkempen," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan melarang apa juga bentuk perhimpunan berkaitan PRN Melaka berkuat kuasa semalam hingga 27 November.

Khairy dipetik berkata perhimpunan itu termasuk penganjuran majlis seperti pelancaran jentera pilihan raya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lalu, menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka, manakala penamaan calon (8 November) dan tarikh mengundi awal (16 November).

Tempoh berkempen pula adalah selama 12 hari bermula selepas penamaan calon sehingga jam 11.59 malam pada 19 November ini.

Mustapha menyifatkan larangan perjumpaan dan perhimpunan politik ketika berkempen untuk PRN Melaka sebagai tidak wajar dan tidak beretika.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Khairy yang mengeluarkan arahan itu dan bukannya Ismail Sabri atau Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Kalau majlis sosial lain seperti kenduri dibolehkan, maka apa salahnya dengan majlis kempen. Majlis Keselamatan Negara (MKN) boleh mengenakan SOP lebih ketat ketika berkempen, contohnya mengehadkan kehadiran dalam sesuatu perjumpaan.

"Sekiranya larangan itu bertujuan untuk menghalang daripada menteri turut berkempen demi menjaga 'air muka' mereka kerana berada dalam keadaan serba salah untuk menyokong calon bertanding, maka kerajaan boleh mengarahkan semua menteri jangan hadir dan duduk di pejabat buat kerja.

"Ia tidak menjatuhkan maruah menteri dan biar jentera parti yang buat kerja kempen," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... arangan-perhimpunan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 11:20 PM | Show all posts
cabaran Sabri paling besar adalah dtg dr Zahid
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Never learn from PRN Sabah, dasar politician bebal.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 07:34 AM | Show all posts
Ahli politaik tak satu pun berguna.
Kebal sangat ke pakcik ni?
Dah kata jentera kuat. xyah berhimpun la.
Kalau buat kerja betul2 tak kempen pun rakyat pilih.
Ni kempen konon nak bagi rakyat kenal. Nampak sangat xbuat kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
PRN Sabah telah ada contohnya, kenapa politicians tak nak ambil iktibar drpnya?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 27-10-2021 07:55 AM
PRN Sabah telah ada contohnya, kenapa politicians tak nak ambil iktibar drpnya?

Waktu PRN SABAH yg dah kena cucuk dgn vaksin propaganda berapa peratus?

Sekarang dah berapa peratus?

Lu otak mana letak?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2021 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
tupai replied at 26-10-2021 11:36 PM
Never learn from PRN Sabah, dasar politician bebal.

Hellooo ...sekarang dah 97.84 peratus vaksinasi la....yang kau gelabah teks pasaipa?

Waktu PRN SABAH dulu vaksinasi dah rolled out kewww?

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
tupai replied at 26-10-2021 11:36 PM
Never learn from PRN Sabah, dasar politician bebal.

Hellooo ...sekarang dah 97.84 peratus vaksinasi la....yang kau gelabah teks pasaipa?

Waktu PRN SABAH dulu vaksinasi dah rolled out kewww?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2021 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
stingerchubby replied at 27-10-2021 08:08 AM
Hellooo ...sekarang dah 97.84 peratus vaksinasi la....yang kau gelabah teks pasaipa?

Waktu PRN SA ...

Yg u gelabah sgt pehal...u ke politician bebal tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 10:13 AM | Show all posts
What ever numbers KKM bagi aku dh lama x percaya.
So aku ucapkan good luck kpd rakyat melaka. Berkorbanlah utk ahli politik anda.
Akar umbi nya bukan pasal kerajaan islam, bukan pasal bantu rakyat, bela rakyat masa kobid ni ni.
Tapi sbb duit.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
tupai replied at 27-10-2021 10:04 AM
Yg u gelabah sgt pehal...u ke politician bebal tu

Nak komen  simpan sikit bodoh ko iteww buat anak cucu...kendian hari...kau nak bandingkhen situasi dgn prn sabah sedangkheun waktu iteww berapa ramai yang dah vaksin? Or vaksin pun belum roll out pun kheunz?

Compared to the state of vaksinasi hari ini? We are among the highest and fastest nation in the world to have more than 90% of  eligible population vaccinated kheunz?

So?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
stingerchubby replied at 27-10-2021 10:49 AM
Nak komen  simpan sikit bodoh ko iteww buat anak cucu...kendian hari...kau nak bandingkhen situasi ...

Eh bodoh walaupun dh vaksin tp still ada sop kena adhere to...kalau dh dok berkempen tu u ingat masing2 ingat ke psl sop bagai....alangkan x berkempen pun sop ke laut dalam knowing tht mentaliti msian ni mmg x berdisiplin....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 11:16 AM | Show all posts
Veteran UMNO? Saya ingatkan orang berpangkat 'veteran' dalam parti ni jauh lebih bijak menganalisis apa yang berlaku. Rupanya tidak, 2 kali 5, tidak berguna juga. Tak apa, tentanglah lagi sesama ahli parti. Bila kejadian PRN Sabah berulang kembali, kita salahkan veteran UMNO yang tidak berguna ini. Mudah saja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.078900 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list