CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1009|Reply: 2

[Sarawak] Menteri Belia dan Sukan digesa mohon maaf kepada Pandelela

[Copy link]
Post time 26-10-2021 10:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-10-2021 02:57 PM

Menteri Belia dan Sukan digesa mohon maaf kepada Pandelela, semua wanita Malaysia


KUCHING: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu digesa memohon maaf kepada Datuk Pandelela Rinong dan semua wanita Malaysia atas tindakannya memberi komen negatif terhadap pendedahan ratu terjun negara itu yang pernah berdepan jurulatih gemar membuat lawak lucah.

Ketua Majlis Pemimpin Politik Wanita (COMWEL) Sarawak Voon Siak Ni (gambar) berkata Faizal sebagai seorang menteri dalam kabinet mewakili rakyat seharusnya menyokong pendedahan berani Pandelela itu.

"Faizal seharusnya menyokong Pandelela atas keberaniannya mendedahkan pernah menjadi mangsa gangguan seksual selama tujuh tahun, bukan memperkecilkan pendedahan tersebut atau mempersoalkan beliau berbuat demikian.

"Tindakan Faizal ini selaku Menteri Belia dan Sukan menunjukkan beliau sangat tidak sensitif dan tidak profesional kerana dakwaan gangguan seksual selama tujuh tahun dihadapi penerjun Olimpik Negara, Pandelela serta rakan sepasukannya bukan perkara remeh.

"Saya mahu Faizal memohon maaf kepada Pandelela dan semua wanita serta gadis di negara ini kerana memperkecilkan laporan gangguan seksual seperti ini," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Faizal mempersoalkan tindakan Pandelela membangkitkan isu gangguan seksual oleh bekas jurulatihnya sekarang sedangkan insiden itu 'sudah lama berlaku'.

Pada Isnin, sebuah portal berita melaporkan Faizal sebagai berkata, "Saya cuba untuk memahami kenapa setelah sekian lama, Lela (Pandelela) mahu mendedahkan perkara ini dalam media sosial.

Sehubungan itu, Faizal memberitahu beliau akan bertemu dan berbincang dengan Khairy Jamaluddin yang menerajui kementerian sukan ketika insiden yang didakwa itu berlaku.

Beliau katanya telah bercakap dengan pihak tertentu berhubung perkara itu untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, tambahnya.

Voon yang juga seorang peguam dan aktivis sosial Sarawak berkata Faizal mungkin bukan seorang wanita menyebabkannya tidak memahami kesan jenaka seksual dihadapi Pandelela tetapi menjadi tanggungjawab semua untuk melindungi gadis dan wanita daripada sebarang bentuk penderaan serta gangguan sama ada dilapor awal atau lewat.

"Laporan lewat, tidak menyebabkan sebarang jenayah menjadi jenayah kecil atau kesan traumanya berkurangan.

"Pandelela telah mengambil tindakan yang betul, berani menggunakan platformnya untuk bersuara bukan hanya untuk dirinya sendiri tetapi semua gadis dan wanita kita.

"Beliau menggunakan pengaruhnya untuk menggalakkan mangsa-mangsa (penderaan seksual) di luar sana yang mungkin masih menderita dalam diam di rumah atau tempat kerja mereka," ujarnya.

Voon menambah umum mengetahui ramai mangsa kes penderaan atau gangguan seksual menyembunyikan pengalaman mengerikan itu kerana stigma orang ramai serta ancaman diterima kerana melapor atau mendedahkan jenayah seks.

"Ia memerlukan keberanian yang tinggi untuk melaporkan jenayah ini...Pandelela memimpin ke arah itu. Kita (harus) berbangga dengan tindakannya itu," katanya.

Pada 20 Oktober lalu, Pandelela menerusi satu ciapan di Twitter, "Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol."

Menerusi tandapagar #rapejokeisnotfunny, beliau menyambung perkongsiannya itu selang beberapa minit menerusi ciapan balas: “Tapi paling sedih dalam 7 tahun tu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa, sebab backup besar dia adalah head coach kami sendiri.”

Bagaimanapun beliau dengan segera menulis ciapan balas yang menyatakan beliau dan rakan-rakannya bernasib baik kerana dilindungi oleh persatuan sukan mereka.
Situasi ini telah berakhir, katanya.

“Pengajarannya, kita memerlukan pemimpin yang baik yang dapat memperbaiki apa yang salah dan bukannya menutup mata terhadap kejahatan, dan mereka yang dianiaya mesti bersuara! Suara kecil tetap penting sekiranya kita bersatu,” tulisnya.

Pandelela turut menegaskan, pendedahan ini adalah kisah lama sambil menyatakan Khairy Jamaluddin yang pada ketika itu merupakan Menteri Belia dan Sukan membantu mereka dalam situasi berkenaan.

Khairy yang kini merupakan Menteri Kesihatan turut membalas ciapan ini dengan menyatakan penghargaan kepada Pandelela kerana menyuarakan masalah dihadapi mereka.


utusanborneo.com.my/2021/10/26





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 11:19 PM | Show all posts
pegang tgn pun kira gangguan ok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 07:40 AM | Show all posts
Couldnt agree more..
#rapejokeisnotfunny

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.111229 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list