CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 879|Reply: 0

[Sarawak] Terima kasih kerana sanggup mendengar, ingin tahu lebih lanjut

[Copy link]
Post time 26-10-2021 10:50 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Dato Pandelela Rinong berkata beliau berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumi kerana sudi mendengar serta sanggup mengetahui lebih lanjut insiden gangguan seksual dihadapinya serta atlet terjun negara.

Malah ratu terjun negara itu berkata beliau ikhlas mengalu-alukan kedatangan Faizal Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia.

"Saya dengan ikhlas hati mengalu-alukan kedatangan YB @PejaOfPerak ke @KBSMalaysia. Terima kasih kerana mendengar dan bersedia mengambil tahu (isu tersebut), semoga YB boleh membantu Pasukan Terjun Malaysia menjadi lebih baik pada masa akan datang," tulisnya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Pandelela dalam ciapan itu juga memaklumkan beliau kini memahami keseluruhan senario selepas melihat video sidang media Faizal pada Isnin lalu apabila media meminta menteri berkenaan mengulas mengenai pendedahannya pada 21 Oktober lalu.

"Tak apalah YB @PejaOfPerak, sekarang saya faham keseluruhan senario selepas melihat video ini. Wartawan lelaki yang bertanya soalan kepada YB, membangkitkan isu ini," katanya.

Pada Isnin sebuah portal berita melaporkan Faizal sebagai berkata menteri berkenaan mempersoalkan tindakan Pandelela membangkitkan isu gangguan seksual oleh bekas jurulatihnya sekarang sedangkan insiden itu 'sudah lama berlaku'.

"Saya cuba untuk memahami kenapa setelah sekian lama, Lela (Pandelela) mahu mendedahkan perkara ini dalam media sosial," kata Faizal.

Sehubungan itu Faizal memberitahu beliau akan bertemu dan berbincang dengan Khairy Jamaluddin yang menerajui kementerian sukan ketika insiden yang didakwa itu berlaku.

Beliau katanya telah bercakap dengan pihak tertentu berhubung perkara itu untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, tambahnya.


utusanborneo.com.my/2021/10/26

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.048544 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list