CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 908|Reply: 0

[Sabah] Dua lelaki edar 327.1 gram dadah jenis syabu dihukum mati mandatori

[Copy link]
Post time 26-10-2021 10:43 PM | Show all posts |Read mode



TAWAU: Dua lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu dua tahun lalu, di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.


Hakim Mahkamah Tinggi Dr Lim Hock Leng menjatuhi hukuman itu ke atas Ardiansyah Sudirman, 33, dah Muhammad Taufiq Asis, 29 selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ardiansyah yang bekerja sebagai buruh dan Muhammad Taufiq sebagai pengusaha bot didakwa mengedar dadah seberat 327.1 gram methamphetamine di jeti lama Pusat Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) Tawau, dalam daerah Tawau, jam 1 petang, 14 April 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup.

Hakim memaklumkan peguam bela mengemukakan pembelaan bahawa kedua-dua tertuduh tidak berada di lokasi kejadian selain mengemukakan pembelaan alternatif bahawa tertuduh tidak mengetahui isi kandungan kotak berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pihak pendakwa pula berjaya membuktikan kedua-dua tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai dadah berkenaan dan terbabit dalam pengedarannya.

Sehubungan itu, hakim mendapati tertuduh bersalah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kedua-dua tertuduh.

Kedua-dua tertuduh yang memakai baju T berwarna putih kelihatan hanya menundukkan wajah di kandang tertuduh ketika keputusan dibacakan.

Dalam prosiding tersebut, pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran, manakala Ardiansyah diwakili peguam lantikan mahkamah Jhassary Kang dan Muhammad Taufiq diwakili peguam Andy Tay.

Pihak pendakwa memanggil tiga saksi pendakwaan manakala tertuduh menjadi saksi sendiri di pihak pembelaan.


utusanborneo.com.my/2021/10/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.080114 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list