CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 935|Reply: 1

[Sabah] Penjawat awam mengaku tidak bersalah terima suapan

[Copy link]
Post time 26-10-2021 10:37 PM | Show all posts |Read mode


TERTUDUH: Tertuduh mengaku tidak bersalah semasa prosiding mahkamah dilakukan.

TAWAU: Seorang penjawat awam yang dituduh menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan lima tahun lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa tiga pertuduhan berkaitan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan di Pejabat Perhutanan Daerah Semporna, pada 19 hingga 27 Januari 2016.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, memperuntukkan penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Tertuduh diwakili tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Dzulkarnain Rousan Hasbi.

Hakim Abu Bakar Manat kemudiannya memutuskan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Tertuduh juga diarah melapor diri ke pejabat SPRM Tawau sekali dalam tempoh dua bulan dan menetapkan 7 Disember depan  untuk sebutan semula kes.


utusanborneo.com.my/2021/10/26


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 11:28 PM | Show all posts
xkan nilai  x bgtau...berapa? 500 ke

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.076375 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list