CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 917|Reply: 2

[Sabah] Lelaki cuba rasuah pasukan keselamatan didenda RM5,000

[Copy link]
Post time 26-10-2021 10:35 PM | Show all posts |Read mode


TAWAU: Seorang lelaki dikenakan hukuman denda RM5,000 selepas mengaku bersalah memberi suapan kepada penjawat awam dua tahun lalu di Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini.

Tertuduh, Tai Hon Shang, 47, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memberi suapan wang tunai RM2,000 kepada pasukan keselamatan di Road Check Point Kalabakan, di dalam Daerah Tawau pada 29 Julai 2019, jam 1.55 petang.

Tindakan itu bagi mengelak dirinya daripada seksaan undang-undang di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 atas kesalahan memiliki rokok yang tidak bercukai.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan, memperuntukkan penjara selama tempoh yang boleh sampai satu perempat daripada tempoh pemenjaraan atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Hakim Abu Bakar Manat kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM5,000 gagal bayar tiga bulan penjara terhadap tertuduh.

Selain itu, barang kes wang tunai berjumlah RM2,000 telah dilucuthak dan dimasukkan ke dalam hasil kerajaan.

Tertuduh diwakili peguam daripada WV & Partners Advocates & Solicitors, manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Dzulkarnain Rousan Hasbi.


utusanborneo.com.my/2021/10/26





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 11:29 PM | Show all posts
x cukup tu mau suap...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2021 12:02 AM | Show all posts

ingat boleh setel kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.215275 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list