CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 857|Reply: 0

[Sabah] Pemergian Guandee kehilangan besar STAR

[Copy link]
Post time 26-10-2021 10:32 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) kehilangan seorang pejuang apabila Setiausaha Agungnya Datuk Guandee Kohoi meninggal dunia, petang hari ini.

Guandee, 67, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 4.45 petang hari ini. Mendiang dimasukkan ke hospital pada jam 5 pagi selepas mengadu sakit pada bahagian dada.

Mendiang berada di Kuala Lumpur untuk hadir mesyuarat Perikatan Nasional (PN) pada malam Isnin lalu tetapi tidak dapat hadirkan diri sebabkan positif COVID-19.

Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, beliau sangat sedih atas berita pemergian mendiang.

Katanya, STAR kini telah kehilangan bukan setakat ahli tetapi seorang pejuang yang sangat bernilai.

"Mendiang adalah pejuang setia saya dan kawan baik saya. Mendiang telah bersama-sama saya berjuang sekian lama.

"Walaupun apabila saya tidak mempunyai apa-apa, dia tidak pernah meninggalkan saya. Adalah susah untuk menggantikan mendiang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jeffrey menjelaskan beliau kali terakhir bercakap dengan Guandee adalah jam 10 pagi hari ini apabila mendiang menelefonnya dari hospital.

"Mendiang memberitahu saya dia sihat dan tidak perlu risau. Mendiang juga memberikan jaminan bahawa akan keluar dari hospital dalam tempoh tiga atau empat hari. Berita buruk ini sangat mengecewakan saya," katanya.

Sementara itu, menurut Setiausaha Sulit Jeffrey, Rizal Johari berkata isteri mendiang turut dilaporkan positif COVID-19.


utusanborneo.com.my/2021/10/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.059226 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list