CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 898|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 26/10/2021

[Copy link]
Post time 26-10-2021 10:31 PM | Show all posts |Read mode


Sabah rekod 565 kes baharu COVID-19KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 565 kes baharu COVID-19 hari ini dengan peningkatan 115 kes berbanding 25 Oktober 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Sabah juga merekodkan satu kluster baharu iaitu Kluster Kimolohing, Ranau.

"Jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan kes agak tinggi iaitu sebanyak 20 daerah, cuma tujuh daerah mencatatkan penurunan kes harian.

"Lima daerah mencatatkan peningkatan yang agak tinggi iaitu Beaufort 30 kes, Kota Marudu 25 kes, Keningau 19 kes, Papar 19 kes dan Beluran 11 kes.  

"Hanya dua daerah mencatatkan penurunan signifikan iaitu Kinabatangan 27 kes dan Tawau 12 kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, jumlah kes melalui saringan bergejala kekal tinggi, yakni 213 kes daripada kes keseluruhan.

Katanya, jumlah yang tinggi ini harus menjadi peringatan sekali lagi agar semua penduduk tidak lalai dalam mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP).

"Penarikan balik sekatan-sekatan tertentu kegiatan ekonomi dan sosial telah merancakkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan perjumpaan serta perhimpunan sama ada di tempat kerja atau di tempat awam.

"Ini meningkatkan risiko jangkitan virus secara sporadik. Satu kluster baharu dilaporkan di Kg Kimolohing, Ranau tercetus majlis sambutan hari jadi seorang penduduk (kes indeks) yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai.

"Sambutan hari jadi turut diadakan di rumah ahli keluarga lain yang dihadiri oleh kes indeks. Setakat ini 49 orang disahkan positif jangkitan COVID-19," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/10/26


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.057723 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list