CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 966|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 26/10/2021

[Copy link]
Post time 26-10-2021 10:26 PM | Show all posts |Read mode




COVID-19: Sarawak catat 713 kes baharu, 22 kematian

KUCHING: Kes baharu COVID-19 di Sarawak hari ini menunjukkan sedikit peningkatan dengan 713 direkodkan berbanding 493 kes pada Isnin.

Memperincikan perkara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata 696 daripada 713 baharu adalah  kategori satu dan dua, manakala 17 lagi kategori tiga, empat dan lima.

JPBNS berkata 220 kes baharu COVID-19 hari ini adalah kategori satu (tiada gejala), 476 pula kategori dua (gejala ringan), dua kategori tiga (jangkitan paru-paru), tujuh kategoti empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen dan lapan kategori lima ( jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

Sebanyak 22 kes kematian akibat komplikasi jangkitan COVID-19 direkodkan di negeri ini antara 7 Oktober hingga 25 Oktober dan daripada jumlah itu sembilan merupakan kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Pada 7 Oktober satu kematian dilaporkan di Sarikei, mangsa wanita berusia 36 tahun dan 14 Oktober satu lagi kes direkodkan juga di Sarikei, mangsa lelaki, 66 . Kedua-dua kes ini dikategorikan sebagai BID, kata JPBNS dalam kenyataan.

JPBNS memberitahu tiga lagi kes kematian dilaporkan pada 17 Oktober 2021, iaitu satu kes masing-masing di Samarahan, Mukah dan Sibu dengan mangsa kesemuanya wanita berumur antara 48 hingga 66 tahun.

Pada 18 Oktober satu  kes kematian melibatkan COVID-19 dilaporkan di Sarikei mangsa lelaki berumur 34 dan tiada sejarah penyakit diketahui.

Satu kes kematian di Sarikei dilaporkan, mangsa wanita, 75 tahun juga tidak diketahui sejarah penyakitnya. Ini adalah kes BID.

Dua kematian pula direkodkan pada 22 Oktober dengan tiga dilaporkan di Miri dan satu di Limbang, tiga daripada mangsa adalah lelaki," katanya.

JPBNS menambah, eman kes kematian dilaporkan pada 24 Oktober, tiga di Miri dan satu masing-masing di Samarahan, Kuching dan Kapit dengan mangsa berumur antara 36 hingga 76 tahun.

Tiga lagi kematian dilaporkan pada 25 Oktober, iaitu dua dikesan di Limbang dan satu di Kuching , kesemua mereka mempunyai ko-morbid seperti darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung, katanya.

Sementara itu JPBNS memaklumkan ketika ini terdapat 36 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak dan tiada antaranya merekodkan kes baharu dikesan hari ini.

Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), JPBNS berkata tiga lokaliti dikenakan PKPD iaitu Rh. Uchi, Lubok Nyumboh Entabai di Julau (26 Oktober hingga 1 November 2021), Rh.Mulok, Lempa Antu, Pakan (27 Oktober- 2 November 2021) dan Rh. Endit, Nanga Batang, Budu , Saratok (27 Oktober hingga 6 November 2021).

Hari ini JPBNS memutuskan, PKPD ditamatkan di lima lokaliti itu Rh. Anthony, Sungai Sarang, Roban, Rh. Christophr, Sungai Kali di Kabong, Rh. Pengiran, Ng Reboh, Wak (Pakan), Rh. Antam, Sg,  Angie, Ulu Gerugu (Sarikei) dan Rh. Unan, Nanga Kuap, Sungai Lijan (Julau).


utusanborneo.com.my/2021/10/26





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2021 10:28 PM | Show all posts












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.072214 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list