CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2571|Reply: 18

Dr Vida DAH 50 pun masih sambut birthday... meriahnya

[Copy link]
Post time 26-10-2021 09:37 PM | Show all posts |Read mode


Vida menyambut ulang tahun ke-50 bersama anak-anaknya Ahad lalu.

Ulang tahun ke-50, Vida hanya mahu kasih sayang Allah


PETALING JAYA – Baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-50 kelmarin, tiada apa yang dimahukan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida selain kasih sayang Allah SWT.

Menerusi siaran langsung dalam Instagram, Vida memberitahu dia tidak mahu sebarang hadiah mahal sempena hari ulang tahunnya dan cukuplah hanya doa ikhlas daripada orang ramai.

“Saya tak perlu hadiah semua, saya dah ada belaka, Alhamdullilah. Saya hanya perlukan doa ramai, saya perlukan kasih sayang Allah.

“Nak barang kemas, ada dah. Barang kemas bukan setakat pakai, dah ada kedai. Nak beg tangan, dah penuh rumah.

“Nak kereta, kereta dah ada. Nak rumah, ada dah dalam 20 buah rumah saya. Itu riaklah pulak tu,” katanya.

Pada hantaran sama, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman turut berkongsikan tip dan amalan yang sering dilakukannya setiap kali menjelang ulang tahun kelahirannya setiap tahun.

“Pada hari lahir saya ni, biasanya saya akan membaca surah al-Fatihah untuk diri sendiri, untuk arwah anak saya, ibu saya dan untuk kamu semua.

“Baca al-Fatihah sekejap, tak sampai dua minit, tapi dia punya zat lain macam datang ke dalam jiwa kita,” katanya.

Pada sesi siaran langsung tersebut juga, pengikut turut meninggalkan komen supaya pelantun lagu I Am Me itu tidak lagi menyebut nama bekas pembantu peribadinya, Iqbal dalam sebarang perkongsiannya selepas ini.

Terdahulu, pasangan itu merancang mendirikan rumah tangga pada Disember akan datang tetapi berdepan pelbagai konflik seperti tidak mendapat restu kedua-dua anak Vida dan sebagainya.

Tidak setakat itu, Iqbal turut memberitahu hatinya sudah tawar dan telah membatalkan tempahan hotel untuk hari bahagianya bersama Vida. – K! ONLINE

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2021/10 ... kasih-sayang-allah/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2021 09:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 11:22 PM | Show all posts
“Saya tak perlu hadiah semua, saya dah ada belaka, Alhamdullilah. Saya hanya perlukan doa ramai, saya perlukan kasih sayang Allah.

“Nak barang kemas, ada dah. Barang kemas bukan setakat pakai, dah ada kedai. Nak beg tangan, dah penuh rumah.

“Nak kereta, kereta dah ada. Nak rumah, ada dah dalam 20 buah rumah saya. Itu riaklah pulak tu,” katanya.


Bijik sgt. Ayat x pernah kalah.
Nape la ramai yang support sengkuang calit ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 11:37 PM | Show all posts
dia mmg kaya...nk riak ka...angkat bakul sendiri ka...biaq p...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kaya raya xdinafikan,tp kenapa suka cheap marketing?sudah2 la keluar gosip murahan.umur pon dh 50
Ni pegi rmh org bujang kol 3-4pg.dok VC , surprised birthday..cuba bwk brtenang.nk buat apa pon xyah la rakam.
#hbdsv
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga makin matang,baik.pcakapan dn perlakuan...seiring usia dan hartabenda
Sekian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2021 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Happy birthday dato seri vida..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik? Dia baru 50??? Ingatkan around 55 above
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2021 01:41 AM | Show all posts
thread si tua ni sambut bday pulak


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:19 PM

..........
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 07:37 AM | Show all posts
selamat menyambut ulang tahun kelahiran warga emas, tokv

moga2 lepas ni lebih matang tak terkinja2, tak buat cheap marketing
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 08:41 AM | Show all posts
tak perlu kot nak canang semua harta yang ko ada...
rumah 20 bijik la... barang kemas la...kereta la....
ishhhh..... semua tu pun bukan milik kita punnnn.... pinjaman jew....

Anyway.... HAPPY BIRTHDAY TO YOU VIDA....
semoga anda diberkati Allah dunia dan akhirat...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 09:00 AM | Show all posts
Moga berbahagia DSV.. Single life is ohsem. tak perlu jejantannns semua ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi ka org beli produk2 dia? Soalan serious ni. Sebab nampak mcm sendu tak berapa laku dah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 10:38 AM | Show all posts
Happy birthday DSV
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hokehhhh ko kaya pun sebab ada marhaen
Heppeh behday btw
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangat pprt gambar2 tersebut, pakailah monogram Cenel atau ELVI sebesor alam. Boleh join cyst & femli
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr celah mana? Masa bila ambil PhD?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 02:46 PM | Show all posts
Baca al-Fatihah sekejap, tak sampai dua minit, tapi dia punya zat lain macam datang ke dalam jiwa kita,” katanya.

sek2 SSKJP ni memang suka perkataan ZAT ke? mamakentut gitu, badak ni gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.063957 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list