CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2323|Reply: 2

[SEJARAH] Kisah Rembau

[Copy link]
Post time 26-10-2021 09:32 PM | Show all posts |Read mode




Rembau adalah salah satu daerah di Negeri Sembilan.Dahulunya ia adalah sebuah negeri yang dipimpin oleh seorang Penghulu.Walaupun sebuah negeri kecil yang berkiblatkan ke johor.Rembau jua mempunyai kekuatan bala tentera yang hebat.Rembau jua terlibat beberapa siri serangan untuk membebaskan Melaka dari penjajah malah Rembau jua turut memberi bantuan ketenteraan kepada mana-mana kesultanan melayu yang ingin menyerang Melaka juga.

1586 -Utusan daripada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Ri’ayat Shah (1570 – 97)  menemui Datuk Sedia Raja Ambo meminta bantuan menyerang Melaka. Orang Rembau membakar dan memusnahkan harta benda di sekitar tebing Sungai Melaka serta menyekat lalu lintas makanan keluar masuk ke Melaka

1640, 7 September- Rembau menghantar seramai 300 orang tentera membantu Johor dan Belanda menyerang Melaka.

27 Oktober - Rembau menghantar seramai 500orang tentera dalam serangannya ke atas Melaka.

1643, 5 Mei - Orang Rembau membakar kapal dan membunuh dua orang anak kapal Melaka di Sungai Baru.

23 Mei -Peperangan di antara orang Rembau dan Melaka di Sungai Penajih berkaitan dengan perbuatan Melaka menutup sungai tersebut.

1644, Januari
1. Utusan daripada Sultan Johor sampai di Rembau
2. Penghulu Rembau disoal selidik oleh Sultan Johor di Batu Sawar tentang rompakan ke atas Jorge Fernandez dan pembunuhan orang kristian di Tampin.

5 Februari
1. Forsenburgh dan Menie datang menemui Datuk Pandak di Rembau
2. Pergaduhan antara Rembau dan Belanda berlaku. Semua orang Belanda termasuk Forsenburgh dan Menie mati terbunuh.

7 Februari
Gabenor van Vliet dan pasukannya diserang hendap oleh orang Rembau. Belanda berundur ke Melaka dan meninggalkan peti berisi wang berjumlah 13,000 rial.
Ogos
Sekumpulan enam orang pengintip Rembau-Naning di bawah pimpinan Hitam berjaya mengumpulkan seribu orang tentera untuk melanggar Melaka.
16 Ogos
1. Orang Rembau-Naning di bawah pimpinan Hitam berjaya menawan Bukit Cina, Melaka.
2. Belanda berjaya mematahkan pemberontakan Rembau-Naning.
1645 Februari
Tentera Rembau-Naning mengalahkan Belanda di Melekek.
1677
Raja Ibrahim, putera raja Minangkabau sampai ke Rembau Februari Raja Ibrahim mengutus surat kepada Belanda di Melaka meminta Melaka jangan lagi mengganggu Rembau dan Naning.Surat itu tidak dijawab oleh Belanda
April
1. Raja Ibrahim dengan diiringi oleh 3,770 orang pengikut bersedia menyerang Melaka.
2. Raja Ibrahim berjaya menawan beberapa kawasan di pinggir bandar Melaka Jun Raja Ibrahim dan tenteranya berundur dari Melaka dan balik ke Rembau-Naning
November-Disember
Raja Ibrahim mengadakan beberapa rundingan dengan Sultan Kuantan, Sumatera untuk mengadakan pakatan atas dasar keturunan Minangkabau menyerang Belanda di Melaka. Mereka gagal mencapai kata sepakat.

1678
1. Raja Ibrahim membuat pemuafakatan dengan orang Bugis dan Makasar di Kelang atas dasar seagama untuk menyerang Belanda di Melaka
2. Belanda menyerang Rembau. Ikatan seagama yang cuba diwujudkan oleh Raja Ibrahim gagal.

1756 Oktober
Raja Adil serta tentera Rembau membantu Daeng Kemboja menyerang Melaka. Tranquera (Tengkera) dan Klebang ditawan. Perang berlanjutan lebih kurang sembilan bulan.

1783 Disember
Raja Ibrahim dari Selangor datang ke Rembau meminta bantuan menyerang Melaka.
1784, Januari
Orang Rembau dan tentera Selangor menyerang Melaka. Orang Rembau Darat membantu Datuk Kelana Leha dan Bugis menentang Belanda di Simpang.
1787, Mei-Jun
Rembau membantu Sultan Mahmud Shah, Sultan Riau-Lingga mengepung Dinding dan membuat pendaratan di pantai Pulau Pinang.
Sumber : Buku ‘Negeri Yang Sembilan : Daerah Kecil Pusaka Adat Warisan Kerajaan Berdaulat’. (Norhalim Hj Ibrahim, 1995)Rembau adalah salah satu daerah di Negeri Sembilan.Dahulunya ia adalah sebuah negeri yang dipimpin oleh seorang Penghulu.Walaupun sebuah negeri kecil yang berkiblatkan ke johor.Rembau jua mempunyai kekuatan bala tentera yang hebat.Rembau jua terlibat beberapa siri serangan untuk membebaskan Melaka dari penjajah malah Rembau jua turut memberi bantuan ketenteraan kepada mana-mana kesultanan melayu yang ingin menyerang Melaka juga.
1586 -Utusan daripada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Ri’ayat Shah (1570 – 97)  menemui Datuk Sedia Raja Ambo meminta bantuan menyerang Melaka. Orang Rembau membakar dan memusnahkan harta benda di sekitar tebing Sungai Melaka serta menyekat lalu lintas makanan keluar masuk ke Melaka
1640, 7 September- Rembau menghantar seramai 300 orang tentera membantu Johor dan Belanda menyerang Melaka.
27 Oktober - Rembau menghantar seramai 500orang tentera dalam serangannya ke atas Melaka.
1643, 5 Mei - Orang Rembau membakar kapal dan membunuh dua orang anak kapal Melaka di Sungai Baru.
23 Mei -Peperangan di antara orang Rembau dan Melaka di Sungai Penajih berkaitan dengan perbuatan Melaka menutup sungai tersebut.
1644, Januari
1. Utusan daripada Sultan Johor sampai di Rembau
2. Penghulu Rembau disoal selidik oleh Sultan Johor di Batu Sawar tentang rompakan ke atas Jorge Fernandez dan pembunuhan orang kristian di Tampin.
5 Februari
1. Forsenburgh dan Menie datang menemui Datuk Pandak di Rembau
2. Pergaduhan antara Rembau dan Belanda berlaku. Semua orang Belanda termasuk Forsenburgh dan Menie mati terbunuh.
7 Februari
Gabenor van Vliet dan pasukannya diserang hendap oleh orang Rembau. Belanda berundur ke Melaka dan meninggalkan peti berisi wang berjumlah 13,000 rial.
Ogos
Sekumpulan enam orang pengintip Rembau-Naning di bawah pimpinan Hitam berjaya mengumpulkan seribu orang tentera untuk melanggar Melaka.
16 Ogos
1. Orang Rembau-Naning di bawah pimpinan Hitam berjaya menawan Bukit Cina, Melaka.
2. Belanda berjaya mematahkan pemberontakan Rembau-Naning.
1645 Februari
Tentera Rembau-Naning mengalahkan Belanda di Melekek.
1677
Raja Ibrahim, putera raja Minangkabau sampai ke Rembau Februari Raja Ibrahim mengutus surat kepada Belanda di Melaka meminta Melaka jangan lagi mengganggu Rembau dan Naning.Surat itu tidak dijawab oleh Belanda
April
1. Raja Ibrahim dengan diiringi oleh 3,770 orang pengikut bersedia menyerang Melaka.
2. Raja Ibrahim berjaya menawan beberapa kawasan di pinggir bandar Melaka Jun Raja Ibrahim dan tenteranya berundur dari Melaka dan balik ke Rembau-Naning
November-Disember
Raja Ibrahim mengadakan beberapa rundingan dengan Sultan Kuantan, Sumatera untuk mengadakan pakatan atas dasar keturunan Minangkabau menyerang Belanda di Melaka. Mereka gagal mencapai kata sepakat.
1678
1. Raja Ibrahim membuat pemuafakatan dengan orang Bugis dan Makasar di Kelang atas dasar seagama untuk menyerang Belanda di Melaka
2. Belanda menyerang Rembau. Ikatan seagama yang cuba diwujudkan oleh Raja Ibrahim gagal.
1756 Oktober
Raja Adil serta tentera Rembau membantu Daeng Kemboja menyerang Melaka. Tranquera (Tengkera) dan Klebang ditawan. Perang berlanjutan lebih kurang sembilan bulan.
1783 Disember
Raja Ibrahim dari Selangor datang ke Rembau meminta bantuan menyerang Melaka.
1784, Januari
Orang Rembau dan tentera Selangor menyerang Melaka. Orang Rembau Darat membantu Datuk Kelana Leha dan Bugis menentang Belanda di Simpang.
1787, Mei-Jun
Rembau membantu Sultan Mahmud Shah, Sultan Riau-Lingga mengepung Dinding dan membuat pendaratan di pantai Pulau Pinang.

Sumber : Buku ‘Negeri Yang Sembilan : Daerah Kecil Pusaka Adat Warisan Kerajaan Berdaulat’. (Norhalim Hj Ibrahim, 1995)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2021 12:45 AM | Show all posts
apo kono ejang
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 07:26 PM | Show all posts
VoIP phone systems offer centralized management capabilities, allowing businesses to have better control and visibility over their communication infrastructure. Administrators can easily configure and manage phone lines VoIP Security, user settings, and call routing rules from a single interface. This simplifies maintenance, reduces administration costs, and ensures consistent communication standards across the organization.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.078329 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list