CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1224|Reply: 6

[Dunia] Saintis cipta vaksin tunggal untuk semua koronavirus

[Copy link]
Post time 26-10-2021 09:20 PM | Show all posts |Read mode

Saintis ingin mencipta satu vaksin tunggal yang boleh digunakan untuk merawat kesemua jenis koronavirus. – Alamy

Saintis cipta vaksin tunggal untuk semua koronavirus

SAN DIEGO, CALIFORNIA – Pasukan saintis Amerika Syarikat (AS) sedang mencipta vaksin tunggal untuk melawan semua jenis koronavirus dalam usaha  mencegah  pandemik baharu daripada tercetus pada masa akan datang, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Bagi tujuan itu, Institut Imunologi La Jolla dari California menerima geran berjumlah AS$2.6 juta (RM10.8 juta)  daripada Institut Kebangsaan bagi Alergik dan Penyakit Berjangkit untuk digunakan ke atas penyelidikan yang berpotensi mencegah pandemik selepas ini.

Kajian tersebut turut dilakukan dengan kerjasama  saintis dari Universiti Harvard, Hospital Brigham serta Hospital Besar Massachusetts.

Pasukan penyelidik berkenaan percaya bahawa mereka boleh mencegah penularan koronavirus yang berkaitan selepas ini berdasarkan kajian dan pembangunan yang digunakan untuk menghasilkan vaksin Covid-19.

Matlamat mereka adalah untuk mengenalpasti struktur virus yang mungkin tidak bermutasi apabila virus berubah serta menyasarkan pada bahagian tersebut.

“Daripada kita perlu mencipta vaksin-vaksin baharu, adalah lebih baik sekiranya kita menghasilkan satu vaksin yang boleh melindungi populasi dunia daripada varian-varian SARS-CoV-2 (virus Covid-10) atau apa-apa sahaja koronavirus selepas ini,” kata Presiden Institut Imunologi La Jolla, Dr. Erica Ollmann Saphire.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), terdapat tujuh jenis virus koronavirus  yang sering ditemui.

Jenis yang paling dikenali ramai sebelum Covid-19 adalah Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), yang juga berasal dari China. SARS  merebak dengan pantas ke seluruh dunia sehingga menjadi epidemik pada tahun 2003. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/10 ... -semua-koronavirus/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 09:50 PM | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan mereka ini demi kebaikkan bersama
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakal gagal. Sebab tidak mesra bisnes.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
manzilla replied at 26-10-2021 10:12 PM
Bakal gagal. Sebab tidak mesra bisnes.

Akak baru nak wish baik2 taw.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 11:43 PM | Show all posts
all 4 one..one 4 all....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 03:23 PM | Show all posts
xabis2 dengan vaksin
can ada molnupiravir utk rawatan coronavirus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok laa tuu.. tapi effectiveness dia less laa.. kalau dulu kobid level 1&2.. maybe it become level 3.. ok laa dari level 4&5.. dan terlepas laa dari kene injek macam22 jenis beksin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.073326 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list