CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 872|Reply: 0

[Dunia] Facebook didakwa jadi alat propaganda kerajaan Vietnam

[Copy link]
Post time 26-10-2021 09:19 PM | Show all posts |Read mode
Facebook didakwa jadi alat propaganda kerajaan Vietnam


Facebook tahun lalu berkata ia menyekat kandungan yang dianggap haram oleh pihak berkuasa. - Foto AFP

HANOI: Beberapa aktivis mendakwa Facebook di Vietnam bertukar menjadi alat propaganda kerajaan autoritarian di negara itu.

Ia susulan satu laporan mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg secara peribadi meluluskan gesaan dari Hanoi yang mahu platform media sosial itu mengehadkan hantaran 'anti-negara'.

Facebook menjadi forum popular bagi aktivis di negara komunis itu sejak beberapa tahun kebelakangan, dengan semua media bebas dilarang, namun pihak berkuasa dikecam kerana menyasarkan pengkritik di media sosial itu.

Seorang blogger demokrasi dan hak asasi berpengaruh Vietnam, Huynh Ngoc Chenh, mendakwa platform itu menganiaya aktivis dan menghapuskan kebebasan bersuara, serta bertukar menjadi media untuk Parti Komunis Vietnam.

Ngoc Chenh mendakwa akaunnya disekat dua kali, masing-masing selama sebulan, atas kesalahan 'melanggar standard komuniti', namun tidak dimaklumkan hantaran mana yang melakukan kesalahan itu.

Katanya, dua hantarannya yang mengkritik tindak balas kerajaan terhadap pandemik, turut disekat daripada dilihat orang ramai.

Tahun lalu, Facebook memaklumkan akan menyekat kandungan yang dianggap sebagai satu kesalahan oleh pihak berkuasa.

Namun, Washington Post melaporkan Zuckerberg secara peribadi membuat keputusan untuk bersetuju dengan permintaan Hanoi, berbanding berisiko ditutup di negara yang menjadi antara pasaran Facebook paling penting di Asia.

Diminta mengulas laporan itu, jurucakap Facebook enggan memberi sebarang komen.

Namun, Facebook memaklumkan gergasi media sosial itu menyekat beberapa kandungan di Vietnam 'bagi membantu perkhidmatan kekal tersedia untuk jutaan pengguna yang bergantung kepadanya setiap hari'.

Lebih 53 juta individu menggunakan Facebook di Vietnam, yang mencakupi lebih separuh populasi negara itu. - AFP

SumbeR:https://www.bharian.com.my/dunia ... da-kerajaan-vietnam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.258809 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list